Barangkali kebodohan dan kebengapan para penyokong mereka, khususnya PKR membolehkan para pemimpin dan perangka strategi politik parti tersebut, mengulangi kembali helah dan taktik yang sama atas dasar pembohongan demi pembohongan.
Masa PRU-13 lalu, PKR yang paling lantang bercakap tentang pengundi hantu warga Bangladesh berjumlah 40,000 orang (RUJUK SINI) yang kononnya dibawa masuk dengan kapalterbang-kapalterbang sewa khas mahupun kapal-kapal laut yang entah di mana di parking kenderaan-kenderaan berkenaan. Tidak cukup dengan Bangladesh, muncul pula dakwaan kononnya 5,000 orang pengundi hantu warga Myanmar (BACA DI SINI) telah digunakan oleh SPR dan BN untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah.
Macai-macai dan samseng-samseng DAP kemudiannya bertindak sebagai pengawas yang menghalang ramai rakyat Malaysia daripada mengundi. Mereka bertindak secara rambang. Asalkan berwajah India, mereka dihalang daripada memberikan undi.
Tetapi selepas melalui proses mahkamah, HARAM TIDAK SEORANG PUN pengundi hantu yang berjaya dibuktikan atau dibawa ke muka pengadilan oleh Pakatan Rakyat.
Kini, di Permatang Pauh, isu pengundi hantu kedengaran lagi. 45,000 orang pengundi hantu yang didakwa, tidak seorang pun berjaya ditangkap, kini muncul pula dakwaan terdapat 3,000 orang pengundi hantu India di Permatang Pauh. (RUJUK SINI)
Apakah kerana terdapat petunjuk yang PKR bakal kehilangan undi besar masyarakat India di Permatang Pauh, lantas PKR dan DAP bikin cerita kononnya Permatang Pauh penuh dengan warganegara India yang menyamar sebagai pengundi Malaysia?
Adakah ini salah satu daripada cubaan PKR dan DAP untuk memperkecil-kecilkan dan menghina masyarakat India Permatang Pauh? Atau kerana sudah muflis idea lantas menjadikan isu pengundi hantu dipopularkan semula?
Atau bajet sudah dipotong?
2 comments:
naik roket menuju ke bulan nak cari keadilan....sampai di bulan tak dak tempat nak landing...cuba sat bilang mai macam mana nak buat...
Terpaksa laa roket tu kembali ke nasa usa, buat projek baru lagi...keluar dana peruntukan baru.....pemimpin parti berbentuk mata satu arahkan dana disimpan di mulut singa...tunggu sat utk diluncurkan kembali projek baru...
Post a Comment