Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 3, 2015

NURUL IZZAH TETAP SALAHKAN HUDUD DAN PAS... TAKUT PKR KALAH DI PERMATANG PAUH!!!



Nurul Izzah mengakui isu 'hudud' yang sebelum ini dikatakan telah selesai dan 'agree to disagree', menjadi reba yang menyusahkan PKR. Beberapa pihak dalam PAS tempatan mahupun PAS luar menunjukkan sikap tidak mesra sekalipun PAS Permatang Pauh telah dipaksa oleh Jawatankuasa PAS Pusat untuk membantu kempen PKR.

Menariknya, di Rompin, PKR dan DAP telah tarik hand-brake dan enggan membantu kempen PAS!

Menurut Nurul Izzah, semenjak jawatankuasa mengenai hudud diwujudkan antara UMNO-BN dengan PAS semenjak lebih setahun lalu, banyak perancangan telah dibuat bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI)

Dengan kata lain, Nurul Izzah enggan menerima hakikat sebenar bahawa penentangan ke atas PKR di Permatang Pauh dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri, bukanlah kerana faktor calon selain ketidakmampuan Wan Azizah sebagai wakil rakyat seperti yang ditunjukkannya di Kajang, malahan di Permatang Pauh sendiri selepas dua penggal mewakilinya sebelum diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Sebaliknya Nurul Izzah menjadikan hudud sebagai PEMANGKIN kepada lemahnya PKR di Permatang Pauh dan menuduh hudud telah memecah belahkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS.

Ancaman daripada Pemuda dan PAS Permatang Pauh dilihat berakhir apabila kedua-dua entiti tersebut membuat pusingan U dan kembali menyokong PKR serta Wan Azizah. Bagaimanapun, perang antara penyokong PAS dengan PKR masih belum berakhir. Apatah lagi setelah kebanyakan akar umbi PAS Permatang Pauh mendapat tahu, PAS dan Pemuda PAS Permatang Pauh telah ditekan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai oleh golongan pro-Anwar Ibrahim-Guan Eng.

Di beberapa lokasi, jentera kempen PAS dikatakan tidak berfungsi sebagai tukang kempen untuk PKR dan Wan Azizah sebaliknya sekadar wujud untuk memenuhi kehendak tanpa kempen, malahan ramai penyokong PAS secara individu mempamerkan sikap, 1 UNDI UNTUK PKR = 1 UNDI MENENTANG HUDUD.





Barangkali kerana itulah, kini muncul bunting dan pemidang yang tidak membenarkan jentera PAS berkempen kerana kempen-kempen yang dilakukan oleh PAS dilihat tidak memberikan kebaikan kepada PKR, sebaliknya bersifat membunuh dari dalam.

Dengan kata-kata lain, PAS tidak dipercayai langsung oleh PKR!!!

Kenyataan terbaru Nurul Izzah tidak akan menambahbaikkan sokongan daripada para penyokong PAS Permatang Pauh kepada PKR dan ibunya selaku calon PKR di Permatang Pauh. Para penyokong PAS dari awal lagi telah difahamkan dan diiktikadkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk memartabatkan hukum Islam dan hudud adalah intipati perjuangan serta kewujudan perjuangan PAS semenjak berpecah dari UMNO pada tahun 1951 dahulu.

Tak tahulah kalau-kalau ada 'bantuan ghaib' dan 'pemberian pada saat-saat akhir' sepertimana yang berlaku pada PRK Kajang membabitkan DAP, akan mengubah keadaan dan suasana pengundian yang akhirnya berpihak kepada Wan Azizah.

Sebabnya, DAP dan Guan Eng akan sanggup melakukan apa-apa sahaja dalam pelaburan politik terbesar mereka. Apatah lagi khabar-khabar angin tentang hal tersebut, semakin kuat bertiup!!!


1 comment:

Anonymous said...

Kalau pkr kalah..berperang laa pkr dgn pas hahaha..dap kata horeeey umpan dah megena

 
Blogger Templates