Malahan ada pengguna Facebook yang mula mendedahkan butiran setiap seorang daripada mereka termasuklah kereta MyVi yang terlibat dengan kemalangan yang membunuh pasangan suami isteri malang bersama-sama bayi mereka.
Admin kelab tersebut cuba tampil untuk menafikan pembabitan ahli-ahli kelab tersebut. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemarahan orang ramai, penafian tersebut seumpama mencurahkan minyak ke atas api yang bukan sahaja memarakkan nyalaannya bahkan membakar si penafi.
Rakaman CCTV yang turut disiarkan oleh pengguna Facebook dari pondok tol menunjukkan dengan jelas perlumbaan membabitkan kenderaan-kenderaan berkenaan. Penafian kononnya kenderaan-kenderaan tersebut tidak berlumba sebelum salah sebuahnya hilang kawalan dan membunuh pasangan suami isteri serta bayi mereka, dilihat seperti sebuah penafian palsu.
Untuk makluman, pengguna-pengguna Lebuhraya DUKE terutama pada tengah malam kerap menyaksikan perlumbaan haram melibatkan pelbagai kenderaan sejenis termasuklah motosikal. Bagaimanapun, kurang operasi daripada pihak berkuasa menyebabkan gelagat tersebut bermaharajalela.
Bagaimana pula dengan CAKAP BESAR kononnya kumpulan tersebut mempunyai 'ORANG DALAM' sepertimana yang didedahkan oleh para pengguna Facebook? Adakah ianya satu fitnah juga?
4 comments:
LU mau kita kasi keluar itu olang dalam kah.
Semua olang mau jumpa sama lu punya olang dalam.
Mau kasi settle dia olang punya saman. Kulang2 pun dia boleh tambah customer maa!
Tapi gua mau kasi ingat sama lu, dua olang budak sudah tak ada mak bapak lo! Sudah mati.
Lu lagi mau cakap besar. Ada olang dalam ptuiih!
Apebenda lah..xda krta mrengek nk krta.,da bkreta bunuh org pulak.,.bg aku je lah smbung byaq buat gi niaga pasar malam..
Dlm media sosial belum tentu posting tu asli dr tuan punya badan. Jgn lupa RBA tidak pernah duduk diam dan kerjanya sentiasa melaga lagakan rakyat terutama org2 melayu. KPI mrk lagi byk perbalahan dan pecah belah lagi mrk suka
Anon 9:18 Hang ni sasau ke try bangkitkan isu perkauman? Tak de jadahnya RBA nak pecah belahkan Melayu pakai isu ni. Lagipun yg meninggal satu keluarga kena hentam oleh myvi bangang ni, bukankah Allahyarham dan keluarga tu Melayu?
Post a Comment