Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 14, 2015

PENGGELAPAN WANG RAKYAT YANG DILAKUKAN OLEH GUAN ENG LANGSUNG TIDAK DICURIGAI DAN LANGSUNG TIDAK DISEBUT... RM305 JUTA DIBAGI BEGITU SAHAJA!!!



Apabila Tony Pua atau mana-mana pemimpin DAP bersuara dan mencungkil kesilapan Kerajaan, pastinya DAP sedang menyembunyikan kejahatan yang sedang bersarang dalam DAP atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tony Pua dan DAP begitu seronok dan bertepuk tangan apabila orang UMNO dan Melayu khususnya meloncat sakan apabila Tabung Haji Properties membeli sebidang tanah di TRX dari 1MDB. Gambaran telah diberikan seolah-olah pembelian bernilai RM188 juta tersebut adalah untuk bail-out 1MDB yang dikatakan sedang nazak.

Dan kerana terlalu kecewa barangkali, tanah yang baru dibeli sebulan lalu itu pun dijual kembali dengan sedikit keuntungan diperolehi oleh Tabung Haji walaupun jikalau tidak diganggu, Tabung Haji dijangka memperolehi keuntungan 9% setahun dari tanah itu sahaja.

Duit tidak hilang, sebaliknya keuntungan bertambah dan 1MDB yang merupakan sebuah agensi penuh kerajaan persekutuan juga dapat meneruskan urusan seperti biasa.

Tetapi oleh kerana kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar berfikir dengan lutut, akhirnya penyimpan-penyimpan di Tabung Haji kehilangan sebahagian daripada keuntungan yang bakal mereka perolehi dari pelaburan di TRX.

Tahukah anda, DAP dan Lim Guan Eng sunyi sepi malah dilihat langsung tidak cuba mencungkil kehilangan wang bernilai RM305 juta yang hilang secara buta begitu sahaja.

Pada 30 April 2015, jawapan rasmi berikut telah diberikan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Lim Hock Seng bagi pihak Lim Guan Eng mengesahkan bahawa RM305 juta yang merupakan kos kajian perlaksanaan untuk projek terowong selain tanah yang telah dianugerahkan untuk projek tersebut tidak boleh diambil balik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun kajian bolehlaksana itu gagal. (HANSARDNYA BOLEH DIBACA DI SINI)

Menurutnya lagi, tiad asebarang telah dianugerahkan lagi kepada syarikat konsesi sebagai pampasan untuk kajian perlaksanaan.

Bagaimanapun, dalam pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia bertarikh 31 Mac 2015, syarikat konsesi tersebut telah mengesahkan yang 'tanah-tanah tertentu' telah diasingkan untuk Ewein Zenith Sdn. Bhd.

Menariknya pada 17 Februari 2015, Ewein Zenith Sdn. Bhd dan "Lembaga Pengarah ingin membuat pengumuman bahawa Ewien Zenith Sdn. Bhd telah menerima kelulusan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk perancangan pembangunan di atas sebidang tanah yang akan dimulakan pada 30 Mac 2015." (RUJUK SINI)

Adakah dalam kes ini, pengasingan dan kelulusan perancangan bermakna, TIADA TANAH DIBERIKAN?

Adakah Lim Hock Seng dan Lim Guan Eng berbohong di dalam DUN atau Ewein menipu Bursa Malaysia?

Dalam kes Tabung Haji, yang sah-sah ada transaksi dan duit serta tersebut masih di dalam penguasaan Kerajaan Malaysia, bukan main lagi meloncat, marah dan jadi orang gila. Kenapa dalam kes DAP Pulau Pinang yang sudah sah-sah hilang duit, hilang tanah, semua sunyi sepi?

Apabila membabitkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya, maka ianya suatu kesalahan walaupun ianya adalah satu keuntungan, tetapi apabila membabitkan Lim Guan Eng, maka ianya tidak bersalahan sama sekali?

Mana geng-geng yang kuat memekak kononnya takut rakyat hilang tanah dan rugi duit tu?


8 comments:

Anonymous said...

CINA KAYA TAK APA MAA.....MULAYU KAYA TAK BOLIH MAA....

maae said...

Masaalah nya tiada yang buat lapuran POLIS juga SPRM.

Jika ada tentu 'ketaq' lutut LGE.

Anonymous said...

Kaya taik minyak hangpa la...1MDB buat duit atas angin untuk bayar hutang.Masuk angin keluar asap. Itu bukan buat business, itu menipu namanya. Masih lagi buta dan tuli lagi hangpa ni no. Memang IQ < 50.

Anonymous said...

Dalam DAP berlaku dalam BN berlaku...korup giler ahli politik di Malaysia ni. Siarkan artikel ni nak buktikan Najib boleh buat la sbb LGE buat?? Aduyai!!! Jgn alihkan perhatian!! Jawab soklan 1MDB kalau tak turun la.... Jgn dok atas lagi. Md Said ko suh turun sbb demi parti!! Time ko kene turun lain lak ko cakap jib ooiii...Mana sekolah??

Anonymous said...

Kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah

Active Sam said...

Awat hang tak pi bt report?ajak rani kulop kalau tak berani.tak kesah mn2 pihak menzalimi rakyat kita pakat balun

Anonymous said...

Tiada org yg nak viralkan, dlm kes th, rba tukang viral, org melayu jadi batu api.

Anonymous said...

Mengapa umno ppinang tak buat tindakan dan desakan...hebohkan sebesar sebesarnya mcm dia org buat...buat apa dok diam...ni tak asik blogger yg berbunyi....

 
Blogger Templates