Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 15, 2015

PERANG PEMBALAK HARAM: KETEGASAN KEPIMPINAN ADENAN SATEM PERLU DIPELAJARI, DIHAYATI DAN DITIRU!!!



375 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah disita dan dibekukan kerana pembabitan mereka dalam pembalakan haram. Turut disita adalah kayu-kayu balak yang telah ditebang, diproses dan diangkut.

Ini operasi besar-besaran membabitkan Kerajan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Adenan Satem. Sekaligus menunjukkan bukti bagaimana ketegasan Adenan Satem perlu dicontohi dan djadikan teladan.

Tidak mudah untuk menentang 'golongan perompak yang amat berkuasa' itu melainkan dengan ketegasan seperti yang ditunjukkan oleh Adenan Satem dan pentadbirannya. Ketegasan seperti itulah yang menjadi salah satu faktor rakyat berasa lebih selamat dan lebih selesa menjalani kehidupan seharian!


1. Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah diadakan pada hari ini (12 Mei 2015) mulai jam 9.30 pagi.

2. Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3. Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak. Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat.

4. Daripada 48 lokasi yang diserbu itu, 27 adalah kilang papan dan logponds, selebihnya adalah premis-premis perniagaan yang terletak di enam (6) kawasan seperti yang berikut-

BIL KAWASAN
Miri: 13
Kuching: 12
Sibu: 12
Bintulu: 6
Bakun: 3
Kapit: 2
JUMLAH: 48 lokasi seluruh Sarawak.


5. Hasil serbuan setakat ini, sebanyak 375 akaun syarikat-syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah dibekukan. Dalam pada itu, sebanyak lebih 500 batang kayu balak juga telah disita oleh pihak SPRM. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

6. Operasi bersepadu ini membuktikan komitmen padu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memerangi kegiatan rasuah di dalam sektor pembalakan di samping membendung aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak. Adalah dipercayai bahawa perbuatan ini ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Langkah ini juga bertujuan melindungi khazanah alam sekitar Negeri Sarawak.

7. Kejayaan Ops Gergaji ini adalah hasil kerjasama yang erat anggota dan pegawai SPRM, Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sumber
petikan kenyataan DATO’ MOHAMAD JAMIDAN BIN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SPRM

3 comments:

KAW said...

Kalau macam tu...baik adnan satem jelah jadi perdana menteri malaysia ke 7...

I VOTE FOR ADNAN...IM4U ADNAN

Anonymous said...

Org bila takde apa masalah di dirinya, bila takde apa yg boleh dijadi senjata pihak lawan, omputih kata takde kad yg boleh dicampak pihak lawan, dia akan berani.....bravo...teruskannnnnn... katanya dap tu pun byk tokey tokey sana.....

Greateful Chinese said...

At last, a leader we can finally say we are proud of. As rakyat, we need leaders like this who can do what we can't, go after the corrupt and those stealing wealth of our nation. U have my vote CM. Tok bok nama leader!

 
Blogger Templates