Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 2, 2015

PERKAHWINAN ANAK NAJIB DIPERTIKAIKAN... MACAMLAH BESAN NAJIB WANITA PENJUAL LAKSA PASAR MALAM!!!



Ingatkan dah habis dah isu ini... rupa-rupanya masih lagi diperkatakan.

Baiklah, penulis amat tertarik dengan isu perkahwinan anak Najib-Rosmah yang masih lagi diperkatakan oleh golongan yang cuba mencari-cari kesalahan dan kesilapan untuk diumpat keji malahan sampai ke tahap fitnah sepertimana yang berlaku pada zaman Mahathir apabila Bunyiman Yaakob menyatakan Mahathir menonton filem lucah bersama-sama dengan cucunya, semata-mata untuk mewajarkan desakan agar Mahathir berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Perkahwinan anak perempuan Najib dengan seorang lelaki berbangsa Kazakhstan, Daniyar Kesibayev (sebelumnya adalah Daniyar Nazarbayev) masih lagi terus diperkatakan dengan pelbagai pertambahan cerita yang dilihat boleh mensensasikan lagi isu ini sekalipun ia sebenarnya suatu fitnah yang amat nyata.

Menariknya, ada yang cuba menimbulkan persepsi bahawa perkahwinan antara Gina dengan Daniyar dibiayai sepenuhnya oleh ibu bapanya menggunakan wang rakyat. Mereka langsung tidak mengambil kira kedudukan keluarga sebelah lelaki atau menantu Najib-Rosmah.

Barangkali otak mereka perlu dicuci sedikit dengan klorox supaya lebih jernih dan lebih waras.

Ibu Daniyar, Maira secara rasminya berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, saudara lelaki Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Mereka kemudiannya bercerai pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun.

Bekas suami Mair, Bolat adalah seorang yang TERSANGAT KAYA dan memiliki syarikat-syarikat perlombongan, bank dan sebagainya. Maira pula cukup terkenal sebagai SOCIALITE.


Maira adalah seorang wanita yang amat menyukai intan permata bahkan pernah menghantar wang melalui talian berjumlah USD75 juta kepada syarikat permata, Jacob and Co. (BACA DI SINI)

Jacob and Co adalah syarikat yang sama, dan cuba dikaitkan Rosmah dengan pembelian cincin bernilai lebih RM20 juta yang sebenarnya adalah untuk pemerhatian Maira Nazarbayev. (RUJUK SINI)

Sudah pastilah, Jacob and Co akan mengambil kesempatan dengan menghantar cincin keluaran terbaru mereka yang sudah pasti berharga sangat mahal untuk dilihat dan diperhatikan oleh Maira kerana Maira adalah salah seorang daripada pelanggan mereka yang terbaik dan besar kemungkinan akan menghabiskan ratusan juta Dollar Amerika untuk cincin berkenaan.

Selepas Maira bercerai dengan Bolat pada tahun 2009, bekas suaminya telah menyamannya dan meminta Kerajaan Kazakhstan untuk mengeluarkan beberapa waran ke atasnya pada tahun 2011, selain menyamannya untuk merampas beberapa hartanahnya.

Akhirnya, kedua-duanya menandatangani penyelesaian perceraian pada 12 Mac 2014 di mana Maira perlu mengembalikan apartment Plaza Hotel bernilai USD20 juta, apartment di Wall Street bernilai US3 juta dan kondominium menghadap laut di Miami bernilai USD5 juta.

Maira bagaimanapun, dibenarkan menyimpan USD50 juta (RM178 juta) dalam bentuk permata dan USD20 juta (RM71 juta) dalam bentuk rumah di New Jersey (selain sejumlah besar wang tunai yang berjaya disimpannya sepanjang 10 tahun perkahwinannya dengan Bolat). (RUJUK SINI)


Jadi, kalau ada puak yang menganggap Maira sangat miskin dan tidak mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan mewah untuk anak lelakinya, mereka silap besar. Dan sebagai seorang socialite yang permainannya adalah barangan kemas bernilai ratusan juta ringgit, apa sangatlah dengan majlis perkahwinan untuk anak kesayangannya.

Perlu diingat, Daniyar dan ibunya, Maira bukanlah dari golongan bawahan atau golongan cokia. Mereka mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan mewah yang dihadiri oleh golongan socialite, jutawan dan bilionaire yang lain. Apatah lagi, berkahwin dengan seorang gadis Melayu, memerlukan Daniyar dan keluarganya menanggung sebahagian besar kos untuk pihak perempuan sepertimana yang berlaku dalam adat Melayu.

Kenapa susah sangat nak terima kenyataan itu?

Dan memandangkan Daniyar merupakan anak tunggal yang tinggal bersama-samanya (anak lelakinya yang berusia 14 tahun berada di bawah jagaan bekas suaminya), Maira sudah tentu sanggup mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang buat anak lelakinya itu. Malah tersangat mampu untuk menanggung semua kos menjemput tetamu dari Malaysia untuk majlis perkahwinan di Kazakhstan yang cuba dipertikaikan oleh puak-puak berkenaan.

Ada juga yang mempersoalkan tentang kemewahan yang ditunjukkan dalam perkahwinan tersebut. Agak menarik kerana golongan berkenaan mengharapkan perkahwinan anak Najib dan Rosmah akan diadakan secara kecil-kecilan. Cukup dengan makan biskut dan minum sirap, berpenanggah dan berdulang belulang selain Najib dan Rosmah berpakaian kampung, menanti kedatangan tetamu dengan Najib berkocek baju Melayu kembung kerana dipenuhi sampul surat berisi duit pemberian tetamu?

Kenduri orang yang disibukkan? Apa masalah puak-puak ini sebenarnya? Sukar menerima hakikat bahawa mereka tidak mampu mengadakan majlis perkahwinan seperti itu, atau sepertmana yang dilakukan oleh Khalid Mohd Jiwa-Siti Nurhaliza atau Zain Saidin-Rozita Che Wan atau sepertimana perkahwinan besar-besaran dan gilang-gemilang Erra Fazira dengan Yusri Abdul Halim beberapa tahun sebelum mereka bercerai?

Sudah-sudahlah sibuk mencampuri urusan keluarga orang... Kalau dah teringin sangat nak buat majlis perkahwinan gilang-gemilang, cubalah pinang anak Donald Trump... manalah tahu, boleh juga buat majlis besar-besaran dan dapat menandingi majlis perkahwinan yang diatur oleh Maira buat anak lelaki kesayangannya, Daniyar dan menantunya, Nooryana Najwa!!!

Cuba RUJUK SINI untuk melihat sendiri kekayaan Maira sebelum menganggapnya atau melihatnya seperti seorang wanita penjual laksa di pasar malam!


6 comments:

Anonymous said...

Maaf, Orang Melayu memang penuh dengan HASAD!!

Tak kiralah bagaimana BESAR SERBAN atau labuh jubbah dan tudung!

Lihatlah keliling kita, mereka heboh jaga hal orang lain. Bila miskin dihina jika ada rezeki sikit mulalah DENGKI..

Jadi kita tak heran mereka juga dengki dengan PM dan Isteri.

Pergilah ke Bulan ke Mars atau apa pun kejayaan orang Melayu, yang terpahat di minda dan hati tidak akan hilang selamanya!!!

Anonymous said...

Indeed, these kind of writings make your blog becoming less attractive to visit. Go and enjoy your blogging allowance

Labu8455 said...

Ceritanya bukan sangat berkenaan berapa kaya Biras Najib tak kiralah samada hartanya bertimbun , di khazakstan, Hindustan, go head go stunt atau apa pa negara setan sekali pun cuma yang menjadi masalahnya rakyat melihat bilamana mereka dihimpit kesempitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup dan perlu berjimat cermat apatah lagi dengan perlaksanaan GST, perkahwinan anak Najib pulak dibuat didalam suaana yang teramat mewah hingga dikatakan kos bunga untuk hiasan dewan perkahwinan saja mencecah RM3 juta dimana kesudahannya bunga bunga akan layu dan dimasukan kedalam tong sampah. Persoalannya sekarang dimana kesedaran Najib dan Rosmah tentang kesusahan rakyat bawahan ? Dibuat upacara perkahwinan secara teramat mewah nak tunjuk pada siapa dan kenapa ? ? ?

Anonymous said...

cukuplah asyik nak menjilat kangkung hippo

cuba tengok 5 video youtube yg mengatakan kangkung hippo kahwin mudarat

orang kampung hippo pun gelar dia perempuan puaka

fitnah Tun Dr M takde gambar

lah ni wedding of the century siap dgn 3 million ringgit hanya utk bunga

MEMBAZIR tu dosa lebih lebih lagi ketika rakyat perit dgn GASAK SAMPAI TERUK

FK jangan sesekali makan suap, dosa.

Anonymous said...

Yang penting dari duit yg halal. Nak belanja sakan xde masaalh.

Anonymous said...

7.33
Rather than the blogger gping elsewhere, why not YOU take your useless ass elsewhere, to kingdom come if you want to. This is HIS blog. You have the choice to leave, if you have have nothing better to write. Got it?

 
Blogger Templates