Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 6, 2015

RAMASAMY BENGANG, ALASAN WAN AZIZAH DEMAM TAPI BEBERAPA MAJLIS BUKAN MELIBATKAN INDIA, WAN AZIZAH BOLEH PERGI!!!




Patut padanlah P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengamuk sakan dengan Wan Azizah kerana mungkir janji dan tidak menghiraukan masyarakat India yang diharapkan dapat memberikan undi kepada PKR.

P.Ramasamy dikaitkan dengan berita lebih awal yang dikatakan sebagai 'pemimpin kanan' DAP yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja kempen PKR yang mengenepikan masyarakat India Permatang Pauh sehingga menyebabkan Lim Guan Eng naik angin dan memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja dari kalangan DAP yang enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah.

Alasan diberikan mengapa Wan Azizah dua kali tidak menghadiri program yang telah diatur untuk masyarakat India Permatang Pauh termasuklah Hi-Tea di Kuil Taman Sutera Seberang Jaya kerana 'DEMAM'.



Bagaimanapun, berdasarkan gambar-gambar yang disiarkan di dalam laman peribadi Facebooknya, Wan Azizah tidak kelihatan demam sebagaimana yang didakwa. Malahan, di Majlis Makan Malam Bantah GST di SP Arena di mana Wan Azizah menjaja cerita sedih selain cubaan melelong anak cucunya bagi meraih simpati, dia kelihatan sihat.


Malahan dua jam sebelum itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan dia berada dalam majlis bacaan Yasin di Tanah Liat juga tidak menunjukkan dia demam. Malah dua jam sebelum gambar-gambar di Tanah Liat disiarkan, gambar-gambar dia sedang berceramah di JDM8 Jalan Tuna juga menunjukkan dia tidaklah demam sebagaimana yang didakwa.

Di Seberang Jaya, beberapa pendedahan termasuklah melibatkan 'bayaran perlindungan' oleh seorang pengusaha premis basuh kereta kepada ADUNnya, Dr. Afif juga telah dibuat. Pengusaha tersebut, juga seorang India yang juga seorang OKU.

Nampaknya ada 'revolusi' dan 'peralihan besar' masyarakat India yang sebelum ini amat percaya DAP dan PKR boleh mengubah dan membela nasib mereka kepada calon Barisan Nasional. Apatah lagi dengan sambutan yang mereka berikan kepada Ketua UMNO Bahagian Baling, Azeez Rahim yang berucap dalam Bahasa Tamil, seharusnya menjadi petunjuk besar yang memerlukan Barisan Nasional bersegera mengambil kesempatan.


3 comments:

Ted Manoff said...

This time Jijah cherdik sikit. Kalau attend function Kat kuil Hindu macham anak dia buat dalam kuil tu baru2 ini lagi shok puak Pas balon dia

Anonymous said...

Hahaha..dey anee..kena kencinglah kamu.
apa susah nurul izzah sdh p smbahyang d kuil kira wokeylah tu..kita bg sokongan x berbelah bg..haha

Anonymous said...

#kakwankatmana

 
Blogger Templates