Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 16, 2015

SATU PENGUMUMAN, TIGA INSENTIF UNTUK PARA GURU, TAPI ADAKAH MEREKA BERSYUKUR?



Tak kelihatan pula pujian dan kesyukuran daripada grup-grup dalam media sosial yang melibatkan para guru bercakap, mengulas mahupun memperkatakan tentang tiga insentif yang dibuat oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran untuk mereka. Sebaliknya, tetap juga ramai guru yang bercakap tentang politik negara, tentang betapa zalimnya kerajaan dan betapa bermasalahnya kerja mereka kerana bebanan yang konon-kononnya terlalu besar.

Ketika sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yagn diadakan di Kubang Pasu hari ni, Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan tiga berita untuk para guru.

Berita pertama adalah Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan oleh Parlimen dan telah diwartakan. Melalui yayasan tersebut, guru-guru akan dibantu untuk mendapatkan pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran termasuklah mereka yang tidak layak mendapat biasiswa krajaan kerana melebihi had umur. Yayasan tersebut turut menjaga kebajikan guru terutama yang memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan sokongan selepas rawatan.

Berita kedua ialah, persetujuan kerajaan untuk menyeragamkan had umur pegawai-pegawai awam termasuklah guru bagi mengikuti ijazah sarjana dan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) dari 43 tahun kepada 45 tahun.

Dan sudah tentulah berita ketiga membabitkan kewangan!

Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar elaun sedia ada yang berkuasa semenjak tahun 2000 dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi 2,405 orang pengetua sekolah menengah. Manakala untuk 7,757 guru besar sekolah rendah pula, elaun sedia ada akan dinaikkan daripada RM200 sebulan berbanding RM100 sebelum ini.

Kenaikan tersebut berkuatkuasa 1 Jun 2015.

Menariknya, pada ketika beberapa sektor perkhidmatan awam mengeluh berat tentang 'ketidakadilan yang sedang berlaku dalam perjawatan', guru-guru pula terus dimanja dan dibelai walaupun sebahagian daripada mereka lebih berminat dengan politik daripada tanggungjawab sebenar.


Zalim lagikah kerajaan di bawah Barisan Nasional berbanding guru-guru KAFA di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dinafikan kenaikan gaji sungguhpun menerima PERTAMBAHAN PERUNTUKAN untuk agama Islam daripada KERAJAAN PUSAT, tetapi juga dihalau seperti anjing kurap dan diarahkan menamatkan perkhidmatan seperti yang berlaku kepada seorang guru KAFA yang juga merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat baru-baru ini!!!


4 comments:

Anonymous said...

Kalau aku nk kupas smula apa yg hg tulis byk tp aku malas la nk layan bloggers yg ketandusan idea..lebih baik dok diam dari dok merapu...

Anonymous said...

Tahniah kepada guru-guru atas pengumuman ini. Semuanya masih indah namun ramai guru yang mempunyai Masters dan PHD masih lagi menerima gaji permulaan DG41. Tolonglah pertimbangkan gaji mereka bersesauian dengan kelayakan Akademik. Apakah ramai kakitangan Awam masih hidup berpendapatan taraf hidup kemiskinan iaiut gaji pokok dibawah RM3000.00?

Anonymous said...

Yayasan lg...? Dah wujud pun yayasan guru yg hidup segan mati tak mahu... masa nak tubuh dulu janji mcm2 juga... semua janjikn pelangi di kayangan... dh rembat duit cgu2... sepi... hilang tanpa kubur... ni buat lg yayasan...

Naik elaun...? Berapa guru yg dapat...? Guru x bersyukur...? Meh jadi cikgu sendiri.. Anak dirumah 2-3 orang pun tak reti nak ajar...

Akhirnya...? Guru x bersyukur...? Guru dimanja?

Maka... guru... golongan cerdik yang senang dibodohkn...

SELAMAT HARI GURU

Anonymous said...

Mohonlah pertimbangan elaun Ketua Bidang Sekolah Mebengah Gred B yg telah ditarik semula selepas diluluskan. Tanggungjawab mereka besar.

 
Blogger Templates