Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 4, 2015

SELEPAS DIMARAHI LIM GUAN ENG, NURUL IZZAH TERJAH UPACARA SEMBAHYANG DI KUIL HINDU!!!



Ditemani RSN Rayer, Nurul Izzah menerjah upacara sembahyang oleh masyarakat Hindu di sebuah kuil di Prai. Kehadirannya mengejutkan penganut-penganut Hindu tersebut dan ramai pula yang berbisik-bisik menyatakan, Nurul Izzah dan PKR terlalu terdesak sehinggakan tidak lagi peduli dengan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sebagai orang Islam.

Gangguan ibadat bukan sahaja melibatkan orang Islam, tetapi PKR turut membabitkan agama-agama lain.

Dan pada kesempatan itu jugalah, RSN Rayer yang terkenal dengan ungkapan yang mencelakakan Melayu, mengulanginya tetapi dalam Bahasa Tamil yang tidak difahami oleh Nurul Izzah. (RUJUK SINI)



Sebelum ini, DUN Seberang Jaya yang merupakan salah satu daripada DUN yang terdapat dalam Parlimen Permatang Pauh dan dimenangi oleh Dr. Afif Bahardin dari PKR, menyaksikan bagaimana para penyokong DAP yang terdiri daripada masyarakat India menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Dr. Afif, malah mengancam untuk memboikot PKR. Beberapa isu yang melibatkan masyarakat India di Seberang Jaya termasuklah pemusnahan premis cuci kereta yang dimiliki oleh seorang OKU.

Difahamkan masyarakat India di Seberang Jaya merupakan pengikut P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang sangat rasis. Ramasamy telah membenarkan mereka berniaga di atas sebidang tanah bersebelahan dengan Dewan JKKK melalui surat sokongannya. Bagaimanapun, Dr. Afif dan JKKK telah menghalau mereka walaupun rayuan telah dibuat. (RUJUK SINI)


Kenyataan seorang pemimpin kanan DAP yang tidak dinamakan yang menyebut tentang pengabaian oleh PKR ke atas masyarakat India, selain kritikan yang PKR tidak pernah peduli dengan masyarakat India menyebabkan Lim Guan Eng segera mengeluarkan arahan WAJIB SOKONG PKR kepada ahli-ahli DAP selain mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas mereka jikalau mereka gagal berbuat begitu pada hari pengundian. (RUJUK SINI)

Justeru tidak hairanlah mengapa Nurul Izzah memulakan kempen di kuil Hindu, menerjah di tengah-tengah kesibukan masyarakat Hindu Prai hendak bersembahyang, semata-mata untuk meraih undi. Dan kehadiran RSN Rayer seolah-olah membenarkan beberapa khabar angin tentang 'SUMBANGAN' dan 'TABURAN' yang akan dibuat oleh DAP menjelang hari pengundian bagi memastikan undi masyarakat Hindu adalah untuk Wan Azizah di Permatang Pauh!!!


No comments:

 
Blogger Templates