Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 2, 2015

TANDATANYA PALING BESAR... KENAPA KERAJAAN SENTIASA TUNDUK DENGAN TELCO DAN ASTRO?



Kontroversi baru tercetus lagi ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KKMM yang dilihat tidak bijak dan sembrono semata-mata untuk memberikan jawapan kepada rakyat berhubung  GST dan harga kad pra-bayar yang bercelaru serta flip-flop.

Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, keadaan ini bukanlah sesuatu yang ganjil, musykil atau menghairankan.

Tiada seorang pun Menteri KKMM yang mampu menangani keserakahan TELCO. Malah tiada seorang menteri KKMM pun yang mampu menegur atau mengenakan tindakan ke atas ASTRO yang tidak mampu memberikan perkhidmatan setara dengan peningkatan yuran setiap tahun.

TELCO dan ASTRO bagaikan cukup berkuasa untuk berbuat apa-apa sahaja. Sebaliknya Kementerian dan agensi-agensi berkaitan pula kelihatan terpaksa mengikut sahaja apa yang dituntut oleh TELCO dan ASTRO.

Inilah yang dilihat oleh rakyat. Walaupun beberapa kenyataan dikeluarkan membabitkan Ketua Pengarah Kastam, mahupun Timbalan Menteri Kewangan, namun keadaannya langsung tidak berubah. TELCO masih juga berkuasa mengatasi kerajaan dalam menentukan kadar bayaran yang perlu dihulurkan oleh pengguna.


Sehingga kini, TELCO masih tidak mampu mengatasi masalah DROP-CALL yang turut memotong sebahagian kredit walaupun panggilan tidak berjaya. Selain itu, TELCO cuba melakukan taktik kononnya menawarkan SMS percuma sedangkan hakikatnya, sistem SMS tidak lagi popular, malah kurang digunakan berbanding WhatsApp, Telegram mahupun WeChat dan sebagainya menggunakan talian Internet.

Dari semasa ke semasa, isu TELCO dan ASTRO yang sangat ketegar, degil serta 'sangat berkuasa' seringkali diperkatakan oleh rakyat bawahan. Maklumat, Internet dan komunikasi sudah menjadi isu besar dan penting di kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak lagi bersifat mewah, bahkan ia merupakan satu keperluan asasi yang bukan sahaja memudahkan banyak kerja, sebaliknya menangani pelbagai isu termasuklah menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat bawahan.

Malang bagi seorang Menteri KKMM yang akhirnya menjadi mangsa belasahan hanya kerana gagal menjawab atau menangani permasalahan yang membabitkan masyarakat pengguna dengan TELCO dan ASTRO. Namun kementerian dan kerajaan juga seharusnya lebih peka bahawa rakyat sekarang bukan rakyat pada zaman di mana sumber maklumat dan media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Rakyat semakin bijak dan rakyat semakin pantas menelusuri maklumat serta mencernakannya dalam bentuk persepsi yang kemudian, perlu pula ditangani oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya, bukannya mendiamkan diri dengan harapan, isu yang timbul akan hilang begitu sahaja.

Isu terbaru membolehkan rakyat melihat sendiri bagaimana Menteri, Kementerian dan agensi berkaitan sedang berhempas pulas untuk memberikan jawapan dan alasan, sedangkan pada masa yang sama, TELCO pula meneruskan operasi mereka dengan keengganan menyerap GST.

Sehingga itu, rakyat Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan TELCO memenuhi tanggungjawab sosial mereka tanpa memikirkan keuntungan besar!




3 comments:

Anonymous said...

ASTRO dan Telco dah jadi amat berkuasa...

Sambil mengipas ketiak busuk.

bebas said...

Hang baru sedar ke nie??? Aduh mak oiii t'tinggal kpl terbang la blooger najib sorang nie. Br skrng nmpk knp kami rakyat marah dan meluat dgn kerajaan BN yg kami sendiri undi, sbb hal2 sebegini.. Dh umum nk buat gst 18 bln lps, tp hal top up pun xleh nk setel dulu sblom start gst. Kerajaan jenis ap ini. Ditambah lg dgn kenyataan bodoh di awang awangan pak2 menteri najib. Bukak je mulut ad la bhn yg blh buat idea maharaja lawak. Menteri jenis ap ini??? Menteri utk pak najib yg dh outdated yg gunakan menteri2 ini utk survival politik beliau sedangkan majoriti rakyat sdh hilang kepercayaan kpd najib. Itu realiti wahai sang blogger.

Anonymous said...

Celaka Shabery Chik dan Presiden SKMM .ni kenapa beria2 nak jadi TALIBARUT TELCOs?
berapa juta sudah disuap masuk dalam temolok Dua ekor manusia ini yang dl jiwa mereka bukan untuk membela rakyat tapi menjaga kantung kekayaan TELCOs!
sudahlah kadar internet mahal berbanding negara jiran, Caj GST yg telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kastam Diraja itu sepatutnya disokong dan diperkasakan oleh Menteri untuk menekan TELCOs yg melampau kini.

Sekarang sekali lagi Najib akan terpalit dengan isu ini disebabkan rakyat benci dengan tekanan GST pd perkara asas seperti prepaid.

Prepaid digunakn oleh gol.pelajar, gol.pertengahan dan bawahan untuk mengwal perbelnjaan mobile phone yg kadarnya amat mahal

Menteri mudah ditipu, mneberik kredit tmbahan tidak dama dgn menambah nilai harga. Wang boleh di rolling, kredit tambahan hanyalah helah dan tipudaya sementara.

Kenapa pelik sgt Menteri dn SKMM menjadi pembela TELCOs??

 
Blogger Templates