Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 3, 2015

DI PERMATANG PAUH, PAS TULEN KEMPEN KALAHKAN WAN AZIZAH, PAS-PASMA PULA BERBOHONG TENTANG PKR SOKONG HUDUD!!!



Kecelaruan dan masalah kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pauh masih tidak susut dan surut, malah bertambah berkecamuk. Pemuda PAS Bagan sudah pun membuat kenyataan bahawa mereka akan memastikan tiada undi untuk PKR. Malahan sanggup untuk merosakan undi bagi memastikan Wan Azizah kalah.

Malah selepas solat Jumaat di masjid yang mana khatibnya, seorang PASMA yang amat pro-Anwar Ibrahim menyeru jemaah mengundi Wan Azizah, satu demonstrasi aman telah dibuat di pekarangan masjid yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Bagan.

Beberapa orang pecacai PKR cuba mengandaikan kononnya, ahli-ahli akar umbi PAS itu adalah orang UMNO yang diupah menggunakan nama PAS untuk mensabotaj PKR walaupun pada masa yang sama, mereka tidak dapat menafikan tentang watak yang berucap di atas lori kecil yang menggesa agar para pengundi menolak dan menghancurkan DAP serta PKR kerana menolak hudud.

PKR dan Wan Azizah masih lagi cuba untuk menggambarkan bahawa sebahagian daripada akar umbi PAS sedang berkempen bagi pihaknya, sekalipun amat jelas kempen yang dijalankan oleh akar umbi PAS khususnya dari Selangor, langsung tidak ada kena-mengena dengan PRK Permatang Pauh! (RUJUK SINI)

Pun begitu, terdapat kaum PASMA yang bergerak atas nama PAS seperti Suhaimi Harun yang mengetuai jentera PAS Kubang Semang berkata, hanya bukan Islam dalam PKR yang menentang hudud.

"Saya telah berbincang dengan Wan Azizah dan memberitahunya, orang Islam perlu menyokong hudud. Dia bersetuju," katanya.

Pada 19 April, PAS Permatang Pauh telah mengambil keputusan untuk 'membekukan sebarang kempen' sehinggalah PKR memohon maaf kerana menolak usul Hudud. Bagaimanapun, seminggu kemudian, keputusan tersebut bertukar yang dikatakan kesan daripada tekanan Jawatankuasa Pusat PAS yang mengarahkan Pemuda PAS Permatang Pauh membantu kempen PKR sebagai 'tukar ganti' bantuan PKR dalam kempen PRK Rompin yang ditandingi PAS.

Sekalipun Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyatakan partinya tidak akan memohon maaf kerana menentang hudud (RUJUK SINI), Suhaimi menegaskan mereka tidak percaya dengan laporan tersebut.

"Kami hanya akan percaya sekiranya kami dengar sendiri," tegas Suhaimi, selain menambah mereka telah lama mengenali Wan Azizah dan Anwar Ibrahim untuk tempoh yang sangat lama.

Ketua Jentera PAS Permatang Ara, Ahmad Kamal Ahmad pula berkata, mereka telah menjelaskan tentang salahfaham tentang hudud.

"Kami difahamkan Ahli-Ahli Parlimen Melayu PKR menyokong hudud. Mereka yang faham tentang hal ini akan membantu memberikan penjelasan kepada akar umbi," katanya.

Mat Saad Ahmad yang mengetuai jentera kempen Kampung Cross Street pula berkata, mereka akan memberikan sokongan penuh kepada Wan Azizah.

Bagaimanapun, secara rasminya, PKR tetap menegaskan, mereka MENENTANG RUU HUDUD PAS!!!


No comments:

 
Blogger Templates