Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 19, 2015

WALAUPUN KENA TIPU DAP DENGAN JALAN TAK SIAP, PENDUDUK DI KAMPUNG KIDING TETAP GEMBIRA!!!



Sarawak, bagi yang tidak pernah ke negeri itu atau sekadar melepak di Bandaraya Kuching, Miri atau Sibu, pastinya kurang memahami geografi serta geopolitik negeri tersebut. Bahkan tidak kurang juga yang masih melihat Sarawak sebagai sebuah negeri yang dipenuhi hutan belukar, rakyatnya tinggal di atas pokok, bercawat dan membawa sumpit ke merata-rata untuk memburu lotong dan cikah.

Hakikatnya, Sarawak sama seperti negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Bahkan Sarawak jauh lebih pesat membangun berbanding beberapa buah negeri lain, terutama sekali Kelantan walaupun keluasan Sarawak hampir menyamai keluasan 11 buah negeri yang bergabung di Semenanjung. Berbanding di Semenanjung yang kawasan pentadbirannya jauh lebih kecil dan setiap kerajaan negerinya saling berlumba untuk mewujudkan persepsi positif tentang negeri masing-masing, Sarawak pula terlalu luas dan ada bahagian yang langsung tidak dapat ditembusi oleh jalan darat mahupun jalan sungai.

Kerajaan Negeri Sarawak telah melipatgandakan usaha untuk membantu rakyat terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, keluasan serta beberapa kekangan lain, akhirnya melambatkan proses memenuhi semua kehendak rakyat.

Sedar dengan masalah itu, DAP dengan pantas mengambil kesempatan. DAP yang sedang bercita-cita untuk merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional, mula meluaskan pengaruh mereka dengan menjelajah dan cuba menawan hati penduduk serta pengundi di kawasan pedalaman selepas mereka berjaya meneguhkan pengaruh di kawasan-kawasan bandar.

Salah sebuah kawasan pedalaman yang menjadi kawasan strategik untuk DAP memulakan fasa lakonan terbaru mereka adalah KAMPUNG KIDING yang terletak dalam DUN Mambong.



DAP telah memulakan projek pembinaan jalan di Kampung Kiding dan penduduk kampung tersebut amat gembira kerana selama ini, mereka terpaksa menggunakan laluan darat yang cukup sukar terutama pada waktu musim tengkujuh.

Perjalanan dari Kampung Kiding yang terletak di Daerah Padawan ke Kuching adalah hampir dua jam. Tidak terdapat banyak kemudahan asas di perkampungan tersebut termasuklah elektrik dan bekalan air bersih, menyebabkan kebanyakan penduduk kampung berasakan mereka telah diabaikan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Penduduk terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer untuk ke jalanraya paling hampir menggunakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda. Para petani pula terpaksa berjalan sejauh itu untuk membawa produk mereka untuk dijual di pasar. Begitu juga kanak-kanak sekolah terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer berulang alik dari sekolah dan rumah.



Permintaan penduduk agar sebatang jalan yang sempurna dibina, khabarnya telah ditolak oleh kerajaan berulang kali kerana kos yang terlalu tinggi.

Kampung Kiding juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan liputan telefon.

DAP menerusi Projek IMPIAN SARAWAK mereka dengan bangganya mengumumkan berjaya menyiapkan sebatang jalan dalam tempoh 3 bulan dengan bajet sebanyak RM140,000 selain mendapat tajaan jentera-jentera berat, 53 sukarelawan dari Semenanjung dan Sarawak termasuklah penduduk Kampung Kiding sendiri.

DAP kemudian memberitahu, mereka telah berjaya menyiapkan dan menyempurnakan jalan berturap sejauh 3 kilometer selain berjaya menyiapkan beberapa jambatan untuk menyeberangi sungai.



Malangnya, itu hanyalah salah satu daripada publisiti murahan DAP sahaja. Hakikatnya, DAP tidak menyiapkan jalan berturap sebagaimana yang mereka dakwa. Bahkan mereka langsung tidak menyiapkan mana-mana jambatan sepertimana yang diberitahu kepada awam.

Apa yang DAP lakukan adalah menolak tanah, menabur batu dan simen sebelum ditinggalkan tanpa disiapkan. Jalan sedia ada bertambah daif keadaannya dan penduduk terpaksa membina jalan atau laluan lain memandangkan jalan lama mereka telah 'diubahsuai' oleh DAP menjadi laluan yang langsung tidak selamat digunakan.

Baru-baru ini, sepasukan dari 1M4U telah melakukan lawatan ke Kampung Kiding yang mengandungi 150 orang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Sarawak serta Sukarelawan dari UNIMAS seramai 10 orang yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kejururawatan.



Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk Kampung Kiding cukup marah dengan tindakan DAP yang hanya inginkan publisiti terutama dengan dakwaan mereka, jalan tersebut berjaya disiapkan dan Larian Impian Kiding dibuat menandakan kejayaan tersebut.

Sukarelawan dari 1M4U dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Sarawak dan penduduk kampung tidak sahaja membuat pemeriksaan kesihatan, tetapi juga turut mengecat gereja yang turut dipolitikkan oleh DAP sebelum ini selain menjalankan kerja-kerja gotong royong yang lain.

Pergantungan kepada populariti dan ketokohan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semata-mata, tidak akan mendatangkan keberkesanan yang lebih baik, melainkan para pemimpin setempat berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat terutama di kawasan-kawasan luar bandar seperti Kampung Kiding.

3 kilometer dari jalan raya utama ke Kuching sebenarnya tidaklah jauh mana. 60 keluarga yang tinggal di Kampung Kiding, pastinya akan lebih berterima kasih jikalau kemudahan-kemudahan asas untuk mereka seperti elektrik setempat, bekalan air bersih dan sebagainya mudah diperolehi, bukan sekadar mendengar cerita dari luar semata-mata.



2 comments:

Anonymous said...

ITU CAT....MEOW MEOW DARI PENANG BOLIH BANTU MAA......ITU UNDER GROUND TURNEL....BILLION BILION PUN BOLIH...... SETAKAT JALAN CIPUT NO HALLAH........

Anonymous said...

Selagi DAP seronok menabur janji. Dan selagi masih da yg tidak mahu kemajuan selagi tulah tinggal Dan kekal "JUST KIDDING"

 
Blogger Templates