Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 19, 2015

GST: NAIKKAN HARGA TEH HIJAU DARI RM1.00 KE RM3.30, SYARIKAT SUSHI DIHERET KE MAHKAMAH!!!



Kalau bukan kerana nak kaut keuntungan dan berniat menipu pengguna dengan memomokkan GST, nak gelarkan apa lagi nih?

Sebuah syarikat sushi hari ini telah diheret ke Mahkamah Sesyen di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 apabila syarikat tersebut didakwa menaikkan harga minuman ringan di premis-premis perniagaannya.

Sushi Kin Sdn. Bhd yang diwakili oleh pengarahnya, Law Hwee Ching, 45, tidak mengaku salah dan meminta dibicarakna.

Syarikat tersebut didakwa telah menaikkan harga Teh Hijau Ais (satu liter) dari RM1 kepada RM3.30 di premisnya yang terletak di tingkat bawah, Giant Hypermarket Subang Jaya pada 3 April.

Dakwaan di bawah Seksyen 14 (1) dan hukuman di bawah Seksyen 18 (1) akta berkenaan, boleh menyebabkan syarikat tersebut didenda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan berulang, dendanya adalah RM1 juta apabila disabitkan kesalahan.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan 25 Jun sebagai tarikh sebutan. Sebelum itu, peguambela Jason Tan memohon agar tempoh dilanjutkan sebelum sebutan seterusnya dibuat, dengan alasan dia perlu menghubungi keenam-enam orang pengarah syarikat berhubung dakwaan berkenaan.

"Dua daripada pengarah berada di Jepun, seorang di Pulau Pinang dan tiga lagi di Kuala Lumpur. Lembaga Pengarah perlu untuk mengadakan mesyuarat memandangkan kes ini membabitkan undang-undang dan isu-isu teknikal yang baru seperti GST," katanya.

Pendakwaan dibuat oleh DPP A.Karthiyayini.


1 comment:

Anonymous said...

Yg melampau batalkan saja lesen prniagaan

 
Blogger Templates