Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 21, 2015

ADAKAH AMARAN KU NAN AKAN MEMBOLEHKAN KITA MELIHAT LOGO-LOGO DAN PAPAN TANDA DITURUNKAN SERTA DIMUSNAHKAN?



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) sewajarnya menggunakan kaedah lebih berhemah sebelum bertindak merobohkan sesuatu struktur binaan.

Beliau berkata, walaupun semua pihak perlu patuh kepada undang-undang tanpa mengira fahaman politik, namun ia perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kita mempunyai kaedah yang bersama-sama rakyat, kita bukan nak menindas, memijak atau menekan mana-mana pihak.

"Jadi kena tahu apa yang sebenarnya kerana negara kita ada undang-undang, dia tak kira Umno ke.. DAP ke..

"Mana sekalipun (parti) kita kena patuh kepada undang-undang, jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Air Zam-zam, kurma dan kain baju Melayu peringkat kebangsaan anjuran Biro Kebajikan Umno di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno enggan mencampuri tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang merobohkan struktur tulisan Umno di pekarangan bangunan parti itu di Jalan Macalister pada Jumaat.

Beliau berkata, tindakan itu di luar bidang kuasanya sambil menyifatkannya sebagai urusan PBT dan Umno Pulau Pinang.

"Saya tak tahu apa yang terjadi di Pulau Pinang, antara PBT dengan Umno, saya tak tahu. Kita kena tahu apa (isu) yang sebenarnya.

"Kita negara yang ada undang-undang. Tak kira DAP atau Umno, kalau tak mohon (lesen), saya percaya bahawa PBT lain juga akan melaksanakan apa yang telah dilakukan PBT di Pulau Pinang," katanya lagi. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

eyes of the tiger....

 
Blogger Templates