Jelasnya, ia dilakukan bagi menggabungkan pernikahan Islam dan Sivil bagi menjadikan perkahwinan itu sah di Australia. Muhammed Edwars juga menjelaskan lafaz yang menjadi kontroversi itu tiada kaitan dengan Kristian mahupun Syiah.
"Vow Exchange ini tak ada hubungan dengan agama Kristian atau Syiah (na'uzubillah) dan tidak menyalahi aturan syariat Islam, purely cultural," katan Muhammed Edwars yang dilantik sebagai jurunikah oleh pihak berkuasa tempatan Victoria,
Video 'Vow Exchange' yang berdurasi 1 minit 18 saat yang dimuat naik ke laman sosial menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan lafaz yang diucapkan kerana mendakwa ia menyerupai ikrar perkahwinan pasangan beragama Kristian.
“I, Megat Saharizal bin Zulkifli take you Nur HidayatShafie to be my binti have and to wife to sickness and hold in richer or for health for promise my love to you forevermore,” poorer and I
“Salam Ramadhan buat admin.untuk makluman, video yg tersebut selepas akad nikah. Itu adalah upacara batal air sembahyang setelah selesai akad nikah.
"Saya sebagai kakak kepada pengantin perempuan ingin menasihatkan supaya pihak tuan remove video tersebut kerana mengundang komen yang negatif dr org lain.video tersebut separuh & memang mengundang negative comment. PM dulu empunya diri sebelum share video tersebut beserta caption yang panas macam tu,” tulis Emiliya Nu’mans. - THEHYPEMEDIA.COM
1 comment:
save your family my muslimin malays ummah....
Post a Comment