Mereka terdiri daripada bekas Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan bekas AJK Pas Pusat, Taufek Abdul Ghani.
Pelantikannya diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Lima lagi kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Mohamad Husin, Muhtar Suhaili, Zainal Abidin Kidam, Datuk Wan Mutalib Embong dan Dr Najihatul Salihah Ahmad.
Bagi jawatan Bendahari Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Asmuni Awi
Manakala bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.
Sementara itu untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri, enam negeri menerima ketua baru apabila Kamarudin Sidek dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka; Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Kedah); Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor).
Mohd. Fauzi Yusof dilantik menggantikan Mohamad Sabu mengetuai Pas Pulau Pinang, Rosli Abdul Jabar pula di Pahang serta Mustafa Daharun di Negeri Sembilan.
Tambah Tuan Ibrahim, perlantikan telah dimuktamadkan selepas tiada sebarang penolakan daripada semua mereka yang dilantik ke jawatan itu.
Jelasnya, surat perlantikan juga telah dikeluarkan sejak minggu lepas dan mereka juga telah dihubungi melalui panggilan telefon berhubung perkara berkenaan.
“Kita tidak menetapkan tempoh masa untuk mereka menerima pelantikan berkenaan.
“Biasanya apabila kita menghantar surat dan tidak penolakan jadi kita anggap mereka terima pelantikan tersebut,” katanya lagi. (SUMBER)
7 comments:
PAS PARTI KUAT MAKAN TAIK!!!
Pas tidak akan berjaya..sebab bawa pensabotaj kedalam parti...
Nak tergelak sampai tercirit. 2x5= 0. Parti IQ ZERO
makan taik sendiri sampai ujung nyawa
Tidak semestinya yang berjubah dan berserban mendapat hitam penuh. ..
so be it........
beware of hypocrite(munafiq)....
Post a Comment