Tetapi masjid yang dibina oleh orang luar, apatah lagi oleh parti politik sosialis DAP, maka masjid ini menjadi dhirar, nampak cantik tapi akan mengaburkan mata ahli qariah. Masjid dhirar sepert ini pernah wujud di zaman Nabi s.a.w. untuk menarik orang Muslim supaya tidak pergi berjuang dalam peperangan bersama Nabi. Yang tertipu dengan masjid dhirar hanya tumpu pada ibadah dan tidak mahu berjuang membela Islam. Inilah masjid dhirar yang akan didirikan oleh DAP di qariah orang Islam. Hanya yang jahil agama sahaja akan tertipu dengan mainan politik DAP. ...sebelum ini UMNO berbangga bina masjid tetapi tidak memakmurkan masjid. PAS ada bina masjid dan surau tapi tak pernah heboh bina masjid.
DAP hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk membina sebuah masjid untuk masyarakat Islam di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.
Kata Loke, pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengarahkannya membuat pengumuman itu.
"Kami bersedia untuk membina masjid di Kampung Pasir Tumboh," katanya dalam ucapan di majlis penyerahan rumah Gabungan Impian Kelantan, tengah hari tadi.
Rumah itu dibina dengan sumbangan orang ramai dan setakat ini sebanyak 40 unit siap dibina dan diserahkan kepada pemilik yang layak.
Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000.
Bantu atas dasar kemanusiaan
Menurut Loke, DAP berkarap penduduk dan jawatankuasa masjid di situ boleh bersepakat untuk membenarkan pembinaan dijalankan.
"Kami membantu atas dasar kemanusiaan," katanya.
Batu-batu ini adalah tinggalan masjid dhirar yang diperintahkan musnah oleh Rasulullah s.a.w yang mana Allah Taala melarang solat di dalamnya (SURAH ATTAUBAH AYAT 107)
Sebelum itu imam Kampung Pasir Tumboh Abdul Mutalip Seman menegaskan penduduk setempat berharap ada pihak yang membina masjid mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu.
"Bantuan daripada Gabungan Impian Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain, kini kami berjaya tinggal dalam rumah selesa semula.
"Cuma yang masih rosak dan belum dibaiki sekarang ini adalah masjid kami.
"Kami harap DAP dan pertubuhan bukan kerajaan lain sudi membantu membangunkan masjid pula," katanya.
Menurut Abdul Mutalib, beliau dan penduduk kampung tidak ada masalah dalam soal siapa yang membina masjid berkenaan. (
3 comments:
DAN PASTINYA MESJID INI AKAN DIRESMIKAN OLEH LIM KIT SIANG.
DAPigs dh ada kesedaran 👍👍👍
Banjir lagi la kelantan, kali ini hapuskan pula anasir dap dan pasma
Post a Comment