Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 15, 2015

NGA KOR MING AKHIRNYA DISAMAN PERDANA MENTERI DAN ISTERINYA, SETELAH DIANCAM PADA APRIL LEPAS!!!



Berita paling menarik hari ini...

Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor hari ini telah menyaman Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kerana menfitnah mereka di Facebook.

Peguam mereka, Mohd Hafarizam Harun berkata, salinan dakwaan tersebut akan diserahkan kepada Nga Kor Ming pada hari Isnin.

Dakwaan berkenaan telah difailkan pada minggu lepas.


Pada 29 Mac, Nga Kor Ming telah memuatnaik di laman Facebook peribadinya, sekeping gambar mengandungi gambar beberapa orang menteri Kabinet dan pegawai-pegawai tinggi Wisma Putra di sebuah hotel di China dan 'DIHIASI' dengan kenyataan fitnah.

Kata-kata tersebut antara lain menyatakan Najib tidak berkelayakan untuk menerajui Kerajan Malaysia memandangkan tugas-tugasnya telah diserahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Antara lain maksud kandungan kenyataannya ialah, Najib telah menyalahgunakan kuasa dan mandat Perdana Menteri kepadanya dengan pembabitan Rosmah dalam pentadbiran negara.

Pengurusan kes telah ditetapkan pada 10 Julai nanti.


1 comment:

Anonymous said...

Elok sangat keputusan menyaman ini wajib diteruskan hingga ke mahkamah. Tak perlu ada deal @ penyelesaian luar mahkamah. Ini bukan penting.sgt kpd najib/rosmah atau nga ko meng tetapi kpd rakyat keseluruhannya. Hasil.@ keputusan mahkamah kelak akan menunjukkan kpd rakyat adakah najib berkuasa mutlak, kuasa dipegang oleh rosmah atau sebagainya. Rakyat akan tahu secara benar dan bukan bergantung persepsi dan dengar-dengar saja...

 
Blogger Templates