Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 25, 2015

BELUM LAGI PARTI BARU DITUBUHKAN, PASMA DAN PROGRESIF DAH BEREBUT KUASA!!!



Ini betul punya kemaruk hendak berkuasa. Betul-betul jawatan dan kuasa menjadi pendorong dan objektif. Dan tidak hairanlah kerana jawatan dan kuasa jugalah yang menyebabkan mereka mencari jalan untuk memusnahkan PAS dari dalam dengan bantuan DAP.

Hanipa Maidin yang mewakili kumpulan progresif atau dalam bahasa kasarnya, puak parasit PAS, mengulas hasrat PASMA mahu menubuhkan parti baru selepas Aidil Fitri nanti. Dan yang lebih menarik ialah Hanipa Maidin melabelkan Phahrolrazi Zawawi sebagai pengacau ketika kemelut kepimpinan PAS Kedah di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kata Hanipa Maidin lagi, berbanding PASMA, kumpulannya lebih berhak dan sesuai kerana lebih ramai yang menyokong mereka berbanding PASMA. Sekalipun PASMA mengeluarkan kenyataan 70% ahli PAS kononnya menyokong mereka, setakat ini, PASMA tidak menunjukkan sebarang pengaruh atau gelombang besar sehinggakan para pemimpin G18 yang sebelumnya dikaitkan dengan PASMA kecundang terus semasa pemilihan baru-baru ini.


Walaupun Phahrolrazi Zawawi lebih dekat dengan Lim Guan Eng ekoran kemelut kepimpinan negeri Kedah suatu ketika dahulu berbanding kumpulan G18, tetapi pengaruh Phahrolrazi Zawawi tidak meluas kerana dia dilihat hanya sesuai untuk Kedah semata-mata, bukannya di peringkat nasional.

Apatah lagi G18 merancang untuk memulakan revolusi Parti Islam baru di kawasan Selatan, manakala PASMA pula merancang untuk memulakannya di bahagian Utara. Kawasan Selatan disifatkan sebagai lebih mudah memandangkan campuran kaum yang lebih berpihak kepada bukan Melayu, khususnya Cina.


PASMA dan progresif a.k.a parasit berebut undi Cina. Kerana undi Cina itulah, Khalid Samad menyifatkan PAS akan mati dan pupus kerana bakal bersendirian. Kedua-dua kumpulan ini percaya, undi bukan Melayu atau lebih khusus, Cina, amat penting bagi mereka untuk menawan Putrajaya.

Belum pun tubuh parti, belum pun ada kuasa, sudah berebut.

Tidak hairanlah Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menyatakan, mereka yang keluar dari PAS akan karam dan tenggelam. Dia mengenali puak-puak lapar kuasa dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi jawatan dan kuasa. Dibiarkan mereka bebas, bermakna, mereka akan menjadi parasit yang akan mendatangkan kerosakan yang lebih besar kepada awam.


1 comment:

Anonymous said...

Kalau Hanipa kata "Saya tidak kata PASMA tidak baik"; maka sebenarnya memang PASMA tidak baik bagi pandangannya.

 
Blogger Templates