Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 12, 2015

CINA TAKKAN UNDI PAS LAGI, KATA PENGANALISA PRO-DAP YANG BERBANGSA CINA!!!



Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.
"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

"Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.

"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

"Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut. – 12 Jun, 2015.

SUMBER:-


8 comments:

Anonymous said...

Semua Melayu PAS pun tak akan lagi sokong calun DAP!!! Tak akan lagi turun berkempen untuk DAP.

Anonymous said...

Bleh bla lh...lu ingat PAS hrp sangat ke dgn undi DAP tu. Lu tau ka klau org pas x undi dap, lu ingat dap bleh menang ke kerusi sebanyak tuuu....lu tengok la nnt weiii dap bongok.

Nor Aidi said...

Allah lebih tahu. Cina kafir tak akan sokong pas kalau rasa tak dapat membodohkan ahli pas untuk keuntungan besar mereka.

Anonymous said...

habis lu ingat pas nak undi dap lagi??????

Anonymous said...

Dia tak cakap pulak undi melayu pada DAP..dulu melayu undi pakatan sekarang melayu hanya undi pas atau bn

Anonymous said...

Jangan sombong...11 parliman yg dap menang disokong oleh melayu pas pussy pus.Ada ada Pru 14 nanti Barisan dan Pas akan tambah kerusi tp Dapig akan berkurang sementara Pgayeerrr akan tinggal nama.Bodoh tak tahu politik.Nampak Najid nak kuat Medey pulok buat hal.Medey lagi bodoh.

Anonymous said...

Terbongkar rahsia PAS alat utk jatuhkan Melayu Islam msia...dh jelas lg teranggg

Anonymous said...

bye bye DAP

 
Blogger Templates