Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 10, 2015

DALIH BANGANG DAP!!! PAS YANG HILANG UNDI BUKAN MELAYU ATAU DAP YANG HILANG UNDI MELAYU?



Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor sedang menekan butang panik. Walau bagaimanapun, memandangkan dia adalah Pengerusi DAP dan dia pula adalah pemimpin DAP, maka lagak mesti kena hebat. DAP mesti dicerminkan sebagai sebuah parti yang sangat hebat dan tidak bergantung kepada parti lain, sebaliknya parti-parti lain yang perlu bergantung kepada DAP.

PAS diibaratkan sebagai sebuah parti kecil yang bersifat minoriti di dalam Pakatan Rakyat, walaupun hakikatnya adalah PKR dan DAP sebenarnya yang terpaksa bergantung kepada kekuatan logistik serta jentera PAS sepenuhnya dalam PRU dan beberapa PRK.

Ini telah terbukti dalam PRK Teluk Intan apabila DAP gagal memperolehi sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu apabila PAS sekadar berkempen acuh tak acuh. DUN-DUN seperti Changkat Jong yang dikuatkan oleh orang PAS, tidak memberikan kemenangan kepada DAP sekalipun DAP memperkenalkan calon muda yang jelita bernama Dyana Sofya.

Liew Ching Tong bercakap tentang 2/3 DUN di Johor yang merupakan DUN campuran. Dia bercakap tentang keperluan PAS kepada undi-undi bukan Melayu bagi memenangkan parti itu di Johor.

Tetapi Liew Ching Tong terlupa, PAS bertanding di kawasan UMNO sahaja. Keperluan PAS kepada undi bukan Melayu, jauh lebih kecil berbanding keperluan DAP kepada undi Melayu memandangkan DAP bertanding di kebanyakan kerusi DUN dan Parlimen di Johor.

Sebelum bergabung dengan PAS, DAP tidak pernah menang lebih dari 15 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia. Sedangkan PAS pula, walaupun tidak bergabung dengan DAP, pernah menang hampir 30 kerusi Parlimen dan DAP pada ketika itulah terhegeh-hegeh mahu berhimpit dan menagih kasih PAS.

Kalau bukan kerana PAS berkempen agar DAP diterima oleh pengundi-pengundi Melayunya, sudah pasti DAP tidak akan mempunyai kedudukan seperti sekarang. Kalau bukan kerana PAS bersungguh-sungguh dan sangat menghormati TAHALUF SIYASI yang serba menyeleweng itu, sudah tentu Lim Guan Eng tidak mempunyai harapan langsung untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal.

Kata dua yang diberikan oleh DAP kepada PAS itu sebenarnya adalah lambang kepanikan dan ketakutan mereka sendiri. DAP tahu, tanpa PAS, Lim Guan Eng tidak akan berkuasa di Pulau Pinang. DAP akan kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara.

Sebab itulah, para pemimpin DAP seperti Liew Chin Tong dan Lim Guan Eng bersungguh-sungguh mahu menakut-nakutkan PAS. Kalau PAS tidak takut sebaliknya menggunakan kaedah ugutan dan tekanan kepada DAP pula, sudah pasti kita akan dapat melihat bagaimana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menangis sambil memeluk lutut Abdul Hadi Awang!!!


No comments:

 
Blogger Templates