Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 10, 2015

BUAT PENGGEMAR AYAM!!! AYAM SEMBELIHAN SYARIKAT DI PERAK INI, TELAH DIHUKUM HARAM!!!!



Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan sijil halal pusat penyembelihan ayam di Seri Manjung, PCK Processing and Marketing Enterprise telah ditarik balik.

Sijil itu ditarik balik pada 1 Jun lalu kerana melanggar prosedur sijil pengesahan halal Malaysia yang disebabkan pusat penyembelihan ayam syarikat itu yang kotor.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin mengesahkan penarikan balik sijil halal itu selepas syarikat itu gagal mematuhi arahan walaupun dua kali notis amaran diberikan.

Katanya, syarikat itu tidak boleh menggunakan logo halal berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Syarikat berkenaan telah memohon semula sijil halal pada 5 Jun lalu tetapi perlu melalui proses yang lama kerana melibatkan kes sijil ditarik balik berbanding sijil digantung yang mana tempoh memproses permohonan semula lebih pendek. (SUMBER)


3 comments:

Anonymous said...

Maafkan saya admin. Pandangan saya, sekiranya sijil halal ditarik balik tidak semestinya jatuh haram. Mungkin isu kebersihan. Tetapi jika pengeluarnya adalah Puak2 DAP, yes haram bersekongkol dgn penentang hudud.

Anonymous said...

tak halal dgn tak bersih mcm jauh beza jer... kalo tak bersih bawah kementerian kesihatan kena tentukan...tp kalau tak halal..kira haram ler...:) sama ke kes secret recipe ari tu kalo masalah bersih apa kaitan dgn halal. Tak bersih tk jatuh haram..babi bersih camner pun tetap haram...

Anonymous said...

Halalan thoyiban.. dlm quran Allah sebut.. klu halal.. tp bleh bg mudharat bile consume haram juga.. thoyibn tu baik bagus trmasuklah bersih.. takut kene onyakit lain klu xbersih..tq

 
Blogger Templates