Takkanlah Zahid tidak faham-faham, kuasa ada di tangan Najib? Kalau dia nak pecat dan berasakan anggota kabinet sudah tidak layak untuk membantu atau menjadi topang yang bukan sahaja merebahkan, bahkan menekan dan menindihnya, itu dia punya hak. Tak payahlah ada orang lain yang jadi tukang menyibuk dan cuba nak tunjuk ajar.
Apa yang harus dilakukan sekarang adalah kerjasama daripada Kabinet dan pemimpin UMNO sendiri untuk mendapatkan kepercayaan dari rakyat, bukannya suara-suara sumbang daripada Menteri seperti yang dikeluarkan oleh Nazri Abdul Aziz yang kedengaran bongkak apabila memberitahu dia tidak pernah kalah selama lima penggal berturut-turut di Parlimen Padang Rengas. (RUJUK SINI)
Zahid barangkali terlupa bahawa kedudukan wakil-wakil rakyat yang menjadi menteri dan anggota kabinet sekarang amat bergantung kepada pengundian pada PRU-14 nanti. Rakyat senang dan percaya, kekallah mereka pada jawatan sekarang. Kalau gagal mendapatkan kepercayaan rakyat, hilanglah jawatan dan kedudukan. Lepas tu, bolehlah meroyan macam pencen-pencen lain seperti Zainuddin Maidin yang sibuk jadi ibu ketam yang cuba mengajar anak ketam berjalan lurus.
Tambahan pula, faktor penentuan calon yang akan bertanding pada PRU-14 mewakili UMNO-BN nanti pun akan dibuat oleh Perdana Menteri.
Najib pastinya mempunyai justifikasi terbaru berdasarkan apa yang berlaku sekarang ini. Apatah lagi apabila dia terpaksa menjawab kesemua masalah walaupun mempunyai pegawai, menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha, Ketua Pengarah dan Pengarah di sekelilingnya. Malah Najib juga sudah tentu mempunyai banyak maklumat berhubung Kepala-Kepala GLC yang bertindak dan berlagak seperti YAHUDI MABUK TANAH yang banyak menimbulkan persepsi buruk ke atas dasar-dasar kerajaan.
Fasa kedua selepas enam tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri, nampaknya sudah bermula. Ramai yang menunggu-nunggu sama ada Najib akan meneruskan 'masalah' pada enam tahun pertamanya atau melakukan sesuatu yang lebih drastik sebagaimana yang dikehendaki oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama sekali penyokong UMNO dan Barisan Nasional?
Jadi, kalau benar Zahid menyokong Najib sebagaimana yang cuba diungkapkan dan dipersepsikan, seharusnya kini, Naib Presiden UMNO itu bersegera melakukan sesuatu untuk menarik sokongan kepada UMNO, bukan sekadar mempopularkan dirinya.
1 comment:
MASIH ADA KAH LAGI ROH PERJUANGAN DALAM UMNO..MUNGKINKAH ROH ITU AKAN BERPINDAH KEPADA PAS
Post a Comment