Phahrolradzi Zawawi adalah Presiden PASMA sekarang. Sebelum ini, dia telah memberi amaran, PASMA akan bertukar menjadi sebuah parti politik yang akan berada di dalam Pakatan Rakyat. Tujuannya ialah untuk memastikan kawan-kawan sekepalanya seperti Husam Musa, Salehuddin Ayub dan Khalid Samad diberikan kemenangan serta kedudukan dalam PAS.
Nampaknya, hasrat Phahrolrazi untuk menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik, sudah terbuka luas sekarang. Semua pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan kali ini, eloklah dijemput ke dalam PASMA bagi membolehkan mereka mendakap Lim Guan Eng dan mencium tapak kaki Lim Kit Siang.
Lagipun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jauh lebih mulia, malah jauh lebih hebat berbanding pemimpin tertinggi PAS sendiri seperti Abdul Hadi Awang, atau pun Haron Din Al-Hafiz.
Sesetengahnya yang baru menyertai PAS terutama pada penghujung 90-an, sangat pandai dan hebat bercakap tentang hala tuju PAS menurut acuan DAP. Mereka ini seperti Hanipa Maidin, seharusnya bersegera meninggalkan PAS dan menyertai DAP kalau tidak pun, PKR. Kalau masih teringin hendak berimejkan Islam, eloklah menyertai dan menjadi AJK Pusat PASMA yang telah ditubuhkan hujung tahun lepas.
Akar umbi PAS telah bersuara. Tohmahan bahawa Abdul Hadi Awang sedang membawa PAS ke dakapan UMNO, turut disemarakkan oleh DAP dan PKR yang berasakan objektif mereka lebih cepat tercapai menerusi puak-puak PASMA, sepatutnya direalisasikan dengan mengaktifkan segera PASMA sebagai sebuah parti politik. Apatah lagi, para perwakilan telah pun menyerkup mereka kepada kekalahan dan mencampakkan mereka keluar dari bahtera kepimpinan PAS.
Orang seperti Mat Sabu yang beranggapan PAS akan lebih kuat dengan menyertai DAP, tidak mampu menipu kononnya, kalau DAP menguasai PAS, maka PAS bolehlah menubuhkan kerajaan negeri dengan bermenteri besarkan PAS sepertimana yang berlaku di Perak pada tahun 2008 dahulu.
Sebabnya mudah, semua orang dapat melihat bagaimana Nizar Jamaluddin tidak ubah seperti patung yang digerakkan oleh DAP tanpa mampu berbuat apa-apa terutama kepada parti sendiri. Sehinggakan hak-hak PAS pun diserahkan bulat-bulat kepada DAP kalau tidak pun dirampas oleh DAP secara terang-terangan.
Sepanjang Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, di mana kekuatan yang dibina oleh Nizar untuk PAS, sebaliknya DAP pula yang lebih kuat dan lebih berkuasa. Hasilnya boleh dilihat menerusi keputusan PRU-13 di Perak sendiri.
Keadaan yang sama akan berlaku di negeri-negeri lain sekiranya apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu berlaku. Memang benar PAS akan dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi setakat Menteri Besar yang tidak berkuasa seperti Nizar Jamaluddin.
Jadi, memandangkan keputusan muktamar kali ke-61 tidak memberangsangkan langsung, bahkan petunjuk bahawa mereka ditolak, elok sangatlah kesemuanya angkat kaki dan menyertai PASMA pula!!!
No comments:
Post a Comment