Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 9, 2015

ERIC PAULSEN MENGHINA IBADAH UMRAH... MASIH TAK JERAN-JERAN UNTUK TERUS MENGHINA ISLAM!!!



Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Eric Paulsen, salah seorang peguam yang cukup aktif membela LGBT dan forum Inter Faith yang memberi tekanan kepada Islam, cukup berbisa. Ia bukan ayat-ayat biasa. Sebaliknya ayat-ayat yang menghina setiap ibadah umat Islam.

Dengan menggunakan 1MDB sebagai alasannya untuk membelasah Najib Abdul Razak, Eric Paulsen menghina pemergian Najib dan rombongannya ke Arab Saudi, yang dijemput rasmi oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bagi mewakili DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Di samping hubungan diplomatik dan ibadah umrah, turut dibincangkan dan menjadi agenda utama Najib Abdul Razak serta rombongannya adalah permohonan peningkatan kuota haji setelah Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota Malaysia ekoran pembesaran dan pengubahsuaian Masjidil Haram.

Malangnya, bagi manusia syaitan seperti Eric Paulsen, dia tidak peduli langsung dengan faktor tersebut. Dia melihat peluangnya untuk membelasah dan menimbulkan syak wasangka sekaligus meluaskan lagi persengketaan di kalangan umat Islam yang amat mudah meruap di negara ini.

Apatah lagi, undang-undang di negara ini tidak mampu mengekang manusia seperti Eric Paulsen daripada terus menerus menghina Islam terutama sekali kerana dia adalah seorang peguam, dan semua undang-undang di negara ini amat bergantung kepada peguam dan Majlis Peguam.



Katanya, Najib melarikan diri daripada menjawab isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB. Hakikatnya, bukan jawapan kepada 1MDB yang dicari, tetapi menjadikan 1MDB sebagai isu terbaik untuk membuatkan Najib melutut dan menyembah bumi.

Pertanyaan dan tohmahan tentang 'KEHILANGAN' RM42 Bilion telah pun dijawab, tetapi seperti yang dikatakan, jawapan tersebut tidak diterima. Malah jawapan dari langit sekalipun tidak akan diterima kerana persepsi awal telah dibuat.

Terlalu jarang orang Islam di negara ini mempersoalkan ibadat orang beragama lain. Tetapi orang seperti Eric Paulsen cukup ramai untuk mempertikaikan ibadat atau sebarang urusan agama umat Islam di negara ini!!!

Dan kita pula perlu perhatikan, arah mana condongnya sokongan politik mereka untuk kita tahu siapakah mereka.... tidak susah sebenarnya....


5 comments:

Anonymous said...

report je polis.

Anonymous said...

Kat kampong saya ada juga ketua kampong yg songlap tanah.

Bila orang kampong marah, dia pwrgi umrah, menebus dosa.

Ted Manoff said...

So dosa nya dah terampon ke?

Asaif Barkiya said...

Moron DAP yang mempunyai sindrom Acute Prejudice ini adalah spesis homo sapien terencat akal.Fakta bukanlah yang di cari tetapi Fabrication of Lies and Deceit adalah pakaian Moron DAP tahap gaban.Jadi,apa apa yang di bawa oleh E. Paulsen wajib di tong sampahkan kerana itulah selayaknya.

Unknown said...

Kita sebagai seorang yg mempunyai aqidah islam tahu apa sebenarnya orang kafir ni buat. Berpeganglah dgn ayat qul ya hai u hal kafirun. Kita sebagai orang islam tak perlu mempertikaikan agama selain islam tapi jika dah melampau kita harus bertindak balas atas hukum agama kita.

 
Blogger Templates