Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 9, 2015

KHALID SAMAD SINDIR PAS DAN UNGKIT BALIK JASA BESAR DAP KEPADA PAS!!!



Dalam tulisannya di blog peribadinya, Khalid Samad menyindir keras PAS yang telah menyingkirkannya dari jawatan. Malah dia turut menyindir pimpinan PAS Pulau Pinang yang masih lagi bergantung kepada jawatan-jawatan lantikan dalam agensi dan entiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih enggan melepaskan jawatan setelah PAS memutuskan untuk mengakhiri hubungan politik mereka dengan DAP menerusi muktamar baru-baru ini tanpa sebarang perbahasan.

Isu Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP menghalau para pemimpin PAS yang sedang bergayut dengan jawatan lantikan bagaikan menghalau ANJING BURUK KEPALA, semakin ketara semenjak dua tiga hari kebelakangan ini. DAP tidak lagi berselindung-selindung dengan kekecewaan mereka apabila kesemua calon-calon pemimpin PAS tajaan mereka tewas teruk dalam pemilihan parti itu.

Ternyata, jawatan dan kemewahan dijadikan ukuran... jauh berbeza daripada laungan 'ISLAM sebagai AD-DEEN' yang seringkali dijadikan cogankata pemimpin-pemimpin ini.

Khalid Samad secara jelas memberitahu, PAS perlu berhutang budi dan membalas budi DAP yang telah melantik ramai orang PAS dalam jawatan-jawatan lantikan di Pulau Pinang walaupun PAS hanya memenangi satu kerusi.

Para pemimpin buangan PAS nampaknya terus meroyan dan menyalak dengan membesar-besarkan dan mengagung-agungkan DAP serta Lim Guan Eng. Agak aneh juga kerana mereka masih belum keluar dari PAS walaupun melihat kepada reaksi yang mereka berikan, seharusnya mereka berbuat begitu dan menyertai DAP atau PKR secara beramai-ramai.

Kekalahan yang mereka alami, nampaknya tidak menjadikan mereka lebih bermuhasabah sebaliknya menyalahkan akar umbi PAS kerana tidak memilih mereka dan enggan berhutang budi dengan DAP. Sindir menyindir tentang perlunya para pemimpin PAS yang dilantik, meletakkan jawatan terus dilagu-lagukan oleh orang seperti Khalid Samad.

Secara tidak langsung, maka benarlah seperti yang diteorikan selama ini, PAS sememangnya telah banyak membela orang DAP dan diberikan kuasa, sehinggakan mereka terlupa dengan roh perjuangan parti itu sendiri, sebaliknya hanya mahu memperjuangkan DAP di dalam jubah PAS.

Sebenarnya, ini jugalah yang sedang berlaku di dalam UMNO!

Perkara yang sama...


5 comments:

Anonymous said...

Hanya 9 orang jer ahli PAS yang dilantik memegang jawatan oleh kerajaan cina evengelis DAP.

Kecoh sekampung.

Asaif Barkiya said...

Itulah dia tabiat spesis jebon

Anonymous said...

PAS keluarlah PR kita akan lebih beriman dan khusyuk dengan ajaran Islam. Redha Allah akan sentiasa bersama kita InsyaAllah. Apa guna kita memerintah Malaysia sekiranya pemimpin Tok Guru Tuan Haji kita dicaci dihina oleh kafir. Rezeki Allah ada di mana-mana carilah rezeki itu dengan penuh syukur tanpa perlu mendokong aspirasi kafir yang penuh tipu daya dan menyesatkan.

Unknown said...

Tunggu sampai nak pru 14 baru keluar dari pr buat masa sekarang kekalkan jawatan sebab upah penat lelah kerja masa pru 13. Jgn jadi bodoh.

Anonymous said...

jasa UMNO?

 
Blogger Templates