Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 15, 2015

FADZIL KEMI YANG DIPECAT SERTA-MERTA, PERTIMBANG UNTUK SAMAN KERAJAAN NEGERI!!!



Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang ditamatkan perkhidmatan dalam pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa Jumaat lepas, sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin Pas Pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika menerusi WhatsApp di sini hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Mohd Fadzil berkata, perkara itu turut dibawa kepada perhatian Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu, Mohd Fauzi Yusof.

"Pesuruhjaya Pas akan membuat keputusan selepas jawatankuasa Pas negeri dibentuk dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata Pas akan melihat isu ini dengan cermat dan tindakan akan diambil selepas mesyuarat yang akan datang.

Sabtu lepas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil-wakilnya untuk mengundur diri.

Katanya tiga wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletak semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri.

Kemelut DAP- Pas berlaku selepas Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. - Bernama


5 comments:

Ted Manoff said...

Ikut labor law tak boleh tamat services berdasarkan mala fide /niat jahat/marah...kalau non -performance ok

Anonymous said...

LU APA HAT ?
KITA TOWKEY MAA !

Anonymous said...

Biasalah bila berkerjsama yang memerintah akan buat beberapa lantikan politik untuk menyenangkan member,bagitu juga bila berpecah maka terburailah pelantikan itu.Pelantikan politik ini cuma bagi memenohi nafsu member-member saja,tak boleh ngam angkat kakilah.

Anonymous said...

Suruh Hanipa Maidin jadi loyer, nak tgk dia nak tak.

Anonymous said...

FIGHT@DESTROY AGAINST THEM(KAFIR INFIDEL) SO THAT ALLAH SWT WILL PUNISH THEM(KAFIR INFIDEL) BY YOUR MUSLIMIN(MALAYS) HANDS AND DISGRACE THEM(KAFIR INFIDEL) AND GIVE YOU MUSLIMIN(MALAYS) VICTORY OVER THEM (KAFIR INFIDEL) AND HEAL THE BREASTS(FEELINGS) OF A BELIEVING MUSLIMIN(MALAYS) PEOPLE.S.AT TAUBAH V.14

 
Blogger Templates