Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
-DYAM Brigadier
Tunku Mahkota Johor.
13 comments:
Walaupun saya anak Selangor masih berbangga seorang anak raja begitu prihatin terhadap permasalahan rakyat keseluruhannya. Terima kasih TMJ. Sedarlah jawatan menteri itu hanya sementara waktu sahaja.
Dua dua pun 2x5 aje..x der apa yg perlu dibanggakan..bila kalimah Allah agama islam dan bangsa melayu dihina dicaci oleh bangsa lain mereka ni x der per pun nk mempertahankannya..
cuba semak balik apa yang TMJ tulis dalam fbnya mula2 dulu. . Teguran ke atau penghinaan pada PM? Bila dan timbul kontroversi cantikpula cara jawabnya. Dia ada sebut PM sebagai tak boleh dipercayai. Adakah dia Tuhan yang dah tahu segala2nya? Siasatan auditpun belum selesai lagi.
Daulat Tuan Ku
Alangkah bagus juga jika pihak istana "sound" juga pihak pihak yg terang terangan mengganggu agama islam ....
Hak hak perlembagaan dsb .....
Teringin juga nak dgr pihak istana sound depa .....huhuhuhu
Betui betui..pasir dari Johor masih jual the Singapore ke?
Orang Kristian percaya anak tuhan...atau pun anak Dewa Zeus
Anak tuhan atau Anak Dewa Zeus?
Tunggu nyamuk jadi besar gajah...
Meluat aku tengok raja menyamar hendak menyampaikan suara rakyat, Tak payah. Kami kena GST, harga barang naik, hang makan free..
1mbd pnya pasal semua nk berckp , aku blh ktakn d sini jk hal 1mbd ni selesai dan tk ada apa2 kemuskilan yg tmbul atau slh guna kuasa dengan sendrinya najib akn glomr .
Budak lagi..mentah dan manja..
assalam. Nabi saw bersabda : SESIAPA YG MERENDAHKAN DIRI/EGONYA KERANA ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENGANGKAT TINGGI DARJAT HAMBANYA ITU DISISINYA' dan sudah pasti kesudahannya yg baik bg org2 mutaqqin. so..JDLAH KITA ORG2 YG MUTAQQIN DUNIA AHKIRAT...peace 4 ever..insyllah!
Post a Comment