Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 25, 2015

GAMBAR TUN MAHATHIR DIPADAMKAN... NAMPAK SANGAT NIAT JAHAT MALAYSIAKINI MAHU TERUS MELAGA-LAGAKAN SESAMA UMNO!!!



Malam tadi, kecohlah seantero dunia maya apabila Malaysiakini yang diketahui sentiasa mempunyai agenda untuk memecahbelahkan negara ini dan mewujudkan ketidaktenteraman selain mengagung-agungkan DAP, menyiarkan berita tentang gambar salah seorang bekas Presiden UMNO digelapkan.

Lebih menarik lagi, ceritera Malaysiakini cuba mewajarkan tujuan mereka dengan menulis tentang penyaksian seorang 'anggota polis penjaga kawasan' tentang mentol lampu tersebut yang telah terpadam atau terbakar secara tiba-tiba. (RUJUK SINI)


Kemudian pada perenggan berikutnya, menggunakan nama Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Razlan Muhammad Rafli dengan menyatakan, mentol tersebut telah terbakar. Namun di dalam Facebook, kenyataan peribadi Razlan, bertentangan dengan apa yang cuba dilakukan oleh Malaysiakini.

Agak aneh juga kerana kalau kita perhatikan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah, kita akan dapati bahagian potret Tun Dr. Mahathir, seperti dipadamkan secara digital, memandangkan kesan limpahan cahaya daripada mentol-mentol di sekeliling potret yang lain, bagaikan diserap sepenuhnya oleh permukaan legap potret Tun Dr. Mahathir.


Kes ini mungkin kelihatan kecil dan seperti dikarang serta disiarkan untuk memenuhi kolum serta masa. Namun seandainya diteliti, ia mempunyai implikasi yang lebih besar iaitu menimbulkan kebencian kepada kepimpinan UMNO dengan gambaran, kebencian ke atas Tun Dr. Mahathir amat keterlaluan sehinggakan gambarnya pun terpaksa digelapkan.

Dan seandainyalah mentol tersebut benar-benar padam kerana masalah mentol atau teknikal sekalipun, ia bukanlah perkara besar yang perlu diputarbelitkan dan kemudian dijadikan senjata untuk menyenangkan dan menghibur hati sendiri kononnya, kebencian ke atas Tun Dr. Mahathir mengatasi segala-galanya sehingga sanggup memadamkan lampu yang menyuluh potretnya!

Ia samalah seperti ketika zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri apabila ada puak tertentu yang menjadi tukang cucuk dan batu api untuk melebarkan permusuhan antara Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman apabila Tunku Abdul Rahman pernah merajuk kerana isu patungnya di Parlimen.

Kes yang sama juga berulang, cuma kali ini, peranan tersebut dimainkan oleh Malaysiakini.




2 comments:

Anonymous said...

Siapa tak kenal Malaysiakini? Merekalah raja kepada semua fitnah yang Pro Pembangkang untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Apapun, pengguna diminta berfikiran secara rasional untuk menilai sesuatu perkara yang dilaporkan. Jangan ikut sangat laporan secara membabi-buta.

aruSSelatan Co. said...

Komunis tipikal idea... Cina DAPig

 
Blogger Templates