Lebih menarik lagi, ceritera Malaysiakini cuba mewajarkan tujuan mereka dengan menulis tentang penyaksian seorang 'anggota polis penjaga kawasan' tentang mentol lampu tersebut yang telah terpadam atau terbakar secara tiba-tiba. (RUJUK SINI)
Agak aneh juga kerana kalau kita perhatikan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah, kita akan dapati bahagian potret Tun Dr. Mahathir, seperti dipadamkan secara digital, memandangkan kesan limpahan cahaya daripada mentol-mentol di sekeliling potret yang lain, bagaikan diserap sepenuhnya oleh permukaan legap potret Tun Dr. Mahathir.
Dan seandainyalah mentol tersebut benar-benar padam kerana masalah mentol atau teknikal sekalipun, ia bukanlah perkara besar yang perlu diputarbelitkan dan kemudian dijadikan senjata untuk menyenangkan dan menghibur hati sendiri kononnya, kebencian ke atas Tun Dr. Mahathir mengatasi segala-galanya sehingga sanggup memadamkan lampu yang menyuluh potretnya!
Ia samalah seperti ketika zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri apabila ada puak tertentu yang menjadi tukang cucuk dan batu api untuk melebarkan permusuhan antara Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman apabila Tunku Abdul Rahman pernah merajuk kerana isu patungnya di Parlimen.
Kes yang sama juga berulang, cuma kali ini, peranan tersebut dimainkan oleh Malaysiakini.
2 comments:
Siapa tak kenal Malaysiakini? Merekalah raja kepada semua fitnah yang Pro Pembangkang untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Apapun, pengguna diminta berfikiran secara rasional untuk menilai sesuatu perkara yang dilaporkan. Jangan ikut sangat laporan secara membabi-buta.
Komunis tipikal idea... Cina DAPig
Post a Comment