Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 11, 2015

KECEWA DENGAN KEKALAHAN PARA PEMIMPIN PAS TAJAAN DAP DALAM PEMILIHAN, AHLI-AHLI PAS MULAI KELUAR PARTI DAN MENYERTAI DAP!!!



Berita kekalahan kesemua pemimpin PAS yang didalangi oleh DAP dalam muktamar yang baru sahaja lepas, masih lagi diperkatakan. DAP yang berasakan mereka sangat dominan telah mengugut, menekan dan cuba menakut-nakutkan PAS dengan mendesak agar kepimpinan PAS dalam jabatan-jabatan dan agensi-agensi serta GLC kerajaan negeri di Pulau Pinang serta Selangor melepaskan jawatan tanpa DAP sendiri mengancam mahu meninggalkan semua jawatan-jawatan mewah tersebut untuk PAS.

Beberapa orang pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan Hanipa Maidin mula menyindir-nyindir tentang susahnya orang PAS apabila DAP enggan lagi memberikan mereka kemewahan dan kekayaan seperti sebelumnya. Para pemimpin PAS yang kecewa itu cuba menggambarkan yang PAS akan menjadi sebuah parti muflis kerana DAP enggan lagi bertolak ansur dengan PAS setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi.

Menariknya, tindakan mereka itu sebenarnya hanyalah akur kepada 'arahan' Lim Guan Eng semata-mata.

Sementara itu, satu-satunya pro-DAP yang berjaya dalam muktamar lepas, Mazlan Aliman pula, menolak sebarang jawatan dalam parti. Malah menyatakan dia tidak lagi berminat dengan politik kepartian sebaliknya hanya akan aktif sebagai aktivis semata-mata.

Keputusan enggan menerima sebarang perlantikan dan jawatan dalam PAS selepas kalah, telah disuarakan oleh wakil kumpulan pro-DAP, Salahuddin Ayub. (RUJUK SINI)

Namun isyarat daripada Salahuddin bahawa kumpulan pemimpin yang kalah akan lebih menumpukan kepada akar umbi, TERHASIL menerusi pengisytiharan keluar parti dan bubar markas.

Setakat ini, dua kes telah dikesan dan kedua-dua kes tersebut dilaporkan berlaku di Kedah.



KES PERTAMA melibatkan anak bekas YDP PAS SIK yang juga bekas Ahli Parlimen PAS Sik. Di dalam surat keluar partinya, dinyatakan bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada PAS untuk memperjuangkan Islam.

Bagaimanapun, penama ini tidak pula menyatan kecenderungan arah politiknya, tetapi dipercayai akan menjadi ahli PKR bagi meneruskan dunia politiknya.

KES KEDUA pula bekas Bendahari PAS Pendang, Idrus Ahmad yang juga merupakan seorang kontraktor. Difahamkan, Idrus Ahmad telah keluar dari PAS dan menyertai DAP. Dia bersama-sama Ibrahim Sofian yang merupakan bekas Ketua Penerangan PAS Kawasan Pendang dan Fadzhil Mohd Noor bin Sahani yang merupakan bekas Setiausaha PAS Kawasan Pendang, sebelum ini telah berusaha dan melobi Mat Sabu untuk menjadi calon PAS Parlimen Pendang pada PRU yang lepas.


Idrus juga difahamkan banyak membantu Mat Satu dari segi peruntukan, sumbangan kewangan dalam menjayakan sesuatu program yang melibatkan kehadiran Mohd Sabu seperti bantuan mangsa ribut dan sebagainya.

Tindakan keluar part itu dibuat setelah mereka kecewa dengan keputusan pemilihan PAS yang baru lepas ekoran kekalahan Mat Sabu.

Ada khabar-khabar angin yang mengatakan PAS Kawasan Pendang juga dalam proses untuk dibubarkan dan buat kali pertama DAP Pendang yang wujud untuk Melayu-Islam akan muncul menggantikan PAS di Pendang!!!


4 comments:

Anonymous said...

giliran anak hambat melayu keluaq penang dgn selangor.. Dulu ayah..
Anak dah pandai... Dia buat cara halus sikit.. Lebih sopan.. Tapi benda yg sama bapa dia buat 13 mei dulu.. tak perasan kee melayu semua??
Once all pas team out of penang top post.. Thts it.. Penang cina dap punya!! tak kan dia nak ckp mcm bapak dia... Ini kl cina punya.. Melayu balik kg.. Anak.. Cover sikit.. Lembut ja dia provoke.. tabik mat sabu la.. Tk da prinsipal la. Takut la. Main2 la.. Cara dia nk hambat melayu keluar penang.. Rumah2 melayu dah tada kat pulau.. Kat tanah besar ja.. Itu dah berjaya..

Anonymous said...

Putus asa dengan PAS masuk DAP,Dah tentu DAP satu parti yg tolak Hudud ISLAM ,bagus punya pilihan ,Pikirlah balik nasib bangsa melayu akan datang , Jangan jadi macam MELAYU SINGAPORE ,menyesal tak sudah nanti,Tanda dah ada kat PENANG mcmmana nasib orang melayu,

Anonymous said...

Bagus2 msk lh DAP rami2.....kita tengok nnt kat mane die duduk dlm DAP.....LU TGK LH NT....Tahniah PAS yg bg gelaran umar abd aziz kat cine gampang tu....padan mukeee.

Anonymous said...

Sdh nmpk dgn jls kan..ramai yg brpura berjuang untuk islam..hakikatnya dlm hati mereka hanya untuk dap..cukup halus permain kafir merosakan org melayu

 
Blogger Templates