Mat Sabu gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dan semua calon-calon pro-DAP dalam PAS tercampak dan disapu bersih.... SALAH UMNO, SALAH NAJIB.
Ahmad Awang kalah teruk merebut jawatan Presiden PAS di tangan Abdul Hadi Awang... SALAH UMNO, SALAH NAJIB.
Sekarang, Palanivel hilang jawatan sebagai Presiden MIC dan MIC bakal berhadapan dengan pengharaman oleh ROS... SALAH UMNO, SALAH NAJIB.
Dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pun menyalahkan serba-serbinya ke atas Najib Abdul Razak termasuklah PERWARISAN HUTANG NEGARA dari zamannya sehingga ke zaman Abdullah Badawi, Najib juga yang salah sepenuhnya.
Dan yang terbaru, Palanivel mahu mengadakan satu pemilihan baru MIC tetapi tanpa para pemimpin MIC yang menentangnya yang telah digantung dan dipecatnya, konon atas kapasitinya selaku Presiden MIC mengikut takrifannya.
Pihak yang menentangnya pula telah membentangkan bukti dan fakta yang menunjukkan Palanivel sebenarnya telah hilang kelayakan sebagai Presiden MIC dan telah tertolak daripada saf kepimpinan parti tersebut.
Tidak ada kesudahan pun MIC ini... Palanivel tidak memberikan keuntungan langsung kepada Barisan Nasional dan MIC. Malah usahanya untuk terus bergantung kepada jawatan sebagai Presiden MIC menyaksikan parti itu sedang ketinggalan dalam semua perkara dan cuba menyalahkan pihak lain apabila keupayaannya dipertikaikan.
Satu lagi kemelut sedang berlaku dan nampaknya kali ini, MIC semakin hampir untuk dilupuskan pendaftarannya oleh ROS kerana Palanivel dilihat melepasi sempadan dan batasnya sebagai Presiden MIC.
Perlu diingat, Presiden parti tidak mungkin akan melampaui kuasa Pendaftar Pertubuhan!
3 comments:
sebagai ahli biasa umno,saya cuma dapat mendoakan agar Dato Najib dikurniakan kesihatan yang baik semoga dapat meneruskan usaha-usaha mentadbir segara ini dengan jayanya dan dibukakan ruang agar Dato Seri lancar dalam usaha-usahanya membangunkan negara ini
Ada silap kot karangan tu....senang salahkan orang dari ngaku salah sendiri.kang kena resign plak kalau ngaku salah....
Kesian Najib kena serang kiri kanan..muhasasah lah kalau kau benar teruskan jika sebaliknya step down dengan penuh gaya..tapi airmuka Najib menceritakan segalanya..tawakalah...
Post a Comment