Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 24, 2015

MARA INC. DIBERIKAN TEMPOH SEMINGGU JELASKAN DAKWAAN BELI HARTANAH DENGAN UNSUR RASUAH DAN SELEWENG!!!!



Majlis Amanah Raya (Mara) memberi tempoh seminggu bermula Rabu kepada anak syarikatnya Mara Incoporated (Mara Inc) untuk menjelaskan dakwaan yang dibangkitkan oleh sebuah akhbar di Australia, The Age berhubung urusniaga pemilikan hartanah di Melbourne yang disifatkan mempunyai unsur-unsur rasuah.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjelasan bertulis itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Mara dalam tempoh dua minggu lagi untuk tindakan susulan.

"Kita beri Mara Inc selama tujuh hari untuk beri penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh akhbar The Age itu.

"Selepas itu, dalam masa 14 hari kita akan panggil mesyuarat majlis untuk teliti satu persatu penjelasan tersebut dan tentukan langkah-langkah yang akan diambil," katanya pada satu sidang media, Rabu.

Pembelian bangunan di Melbourne itu adalah untuk dijadikan asrama pelajar yang dibiayai Mara.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mara Inc, Datuk Abd Halim A Rahim turut menemuinya pada Selasa berhubung isu tersebut.

Namun, kata Annuar, beliau tetap mahukan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan akhbar The Age dalam bentuk penjelasan bertulis.

"CEO (Mara Inc) Datuk Abd Halim ada jumpa saya semalam (Selasa) tapi saya mahu laporan bertulis," katanya.

Pada masa yang sama, Annuar menambah, Mara telah menjalankan siasatan mendalam terhadap Mara Inc dua bulan sebelum The Age membuat pendedahan tersebut.

Jelas beliau, pendedahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan menyifatkan ia sebagai maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

"Sebelum disiarkan dalam The Age, Mara Inc sudah pun dalam proses pengauditan Mara. Anak syarikat itu juga dalam tindakan Unit Integriti Mara yang dipengerusikan pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Ini bukan perkara mengejut bagi kita. Mara dah ambil tindakan dalaman. Kita hanya anggap ia (laporan akhbar tersebut) sebagai maklumat untuk kita ambil tindakan susulan," katanya.

Menurut beliau, Mara akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut supaya individu yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita harap SPRM akan siasat kes ini sedalam-dalamnya dan kita akan beri kerjasama penuh. Tiada siapa pun akan dilindungi sekiranya ada perkara berkait dengan pelanggaran undang-undang berlaku. Tindakan tegas harus diambil," katanya. (SUMBER)


9 comments:

Anonymous said...

Kalau yg kat peringkat atasan lagi maha tertinggi dah terang2 rak bersuloh jelas menyeleweng dan salahgunakuasa adakah nak komplen pula tentang perlakuan anak2 buah?

UMNO oh UMNO terus malap lar......

Anonymous said...

SANA SINI.
DEPAN BELAKANG.
ATAS BAWAH..........
ADA JER YANG TAK BETUL.
SOMETHING IS NOT RIGHT..... DEFINITELY NOT RIGHT.
HARI INI SATURDAY CERITA, ESOK SATURDAY LAGI KELUAR.
BAPAK BOREK ANAK RINTIK ?

Anonymous said...

Kalau nak bertindak biarlah dalam gelab atau malab..kalau terang benderang nampak pulak musuh..

Anonymous said...

Itu tidak dikira lagi kehilangan berbillion ringgit oleh Selangor Inc. Mungkin perlu dibongkar sepenuhnya..

https://cuitzainihassan.wordpress.com/2015/06/18/benarkah-pakatan-sudah-mati-awasi-taktik-muslihat-dap/

Anonymous said...

jgn jadi bodoh..tak kan kau tak tau berapa ramai pencacai pakatan haram dlm mara tu...jgn ada isu je libat kan umno..takut besok2 ada juak2 pakatan yg bini atau mak dia mengandung dituduhnya org umno ug buntingkan..ish ish ish

gajah2021 said...

Kes lembu apa macam ? Harap raya tahun ni harga daging lembu boleh turun sikit.

Anonymous said...

The Age dengan sarawak report standardnya kan sama. Kaki temberang, putar alam dan fitnah. So x yah nak melatah lebih2, buang masa.

Anonymous said...

UITM ni staff ramai PAS.

Anonymous said...

Surat khbar punye CRITE ad btul ka smue??

Xbtul kasi repot la same polis austolia..

Kabar2 angin ni cm crite PONTIANAK... crite bgai nak rak, pontianak pon xnmpk btg hidung..

Ad OTAK pkirrrr lerrrrr

 
Blogger Templates