Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 24, 2015

TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL DAN TONG KONG OII DIDESAK TAMPIL BERTANGGUNGJAWAB ATAS FITNAH YANG DIBUAT OLEH THE EDGE DAN THE MALAYSIA INSIDER!!!


Patutnya dah lama pun tindakan diambil. Tetapi tak tahulah kat mana sangkaknya, tindakan yang diuar-uarkan sebelum ini tetap juga tidak kelihatan, sekaligus membesarkan lagi tanggapan sesetengah pihak bahawa pembohongan yang dibuat adalah satu kebenaran, manakala kebenaran pula satu bentuk pembayaran dan rasuah untuk menutup pendustaan.

Ini pula laporan terbaru...

Semua organisasi media antarabangsa dan tempatan, yang beroperasi di Malaysia dan Singapura, mungkin akan dipanggil oleh polis kerana menerbitkan artikel menggunakan dokumen-dokumen yang telah dipalsukan oleh bekas kakitangan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang telah ditahan atas dakwaan perasugut.

Siasatan polis akan tertumpu kepada sumber-sumber di dalam artikel yang telah menyerang PetroSaudi dan 1Malaysia Development Bhd, mendakwa berlaku amalan rasuah dalam kedua-dua firma tersebut.

Antara firma-firma lain yang reputasi mereka turut dipersoalkan oleh pelbagai organisasi media - berdasarkan 'maklumat bocor itu - termasuklah BSI Bank Ltd, Bank Negara Malaysia, Monetary Authority of Singapore termasuklah firma audit KPMG, Deloitte dan Ernst & Young.

Dokumen-dokumen tersebut asalnya muncul di blog berpangkalan di United Kingdom, Sarawak Report yang didalangi oleh Claire Newcastle Brown yang turut menulis surat terbuka untuk mempertahankan Justo. (SUMBER)

Beberapa pihak yang lain mula menyebut tentang peranan Tong Koii Ong, pemilik The Malaysia Insider dan The Edge serta pernah dikaitkan dengan serangan matawang yang kemudiannya terhenti apabila isu tersebut kecoh di media.


Pemilik The Edge Malaysia dan The Malaysian Insider(TMI), Tong Kooi Ong sepatutnya bertanggungjawab ke atas fitnah yang dilemparkan kepada PetroSaudi dan#1MDB.

Siasatan sebuah firma keselamatan siber antarabangsa (Protection Group International PGI) menunjukkan dokumen yang didedahkan oleh Sarawak Report telah diubah dan terbukti tidak boleh dipercayai. Namun media pro-pembangkang The Edge dan TMI telah menggunakan dokumen yang sama untuk melemparkan fitnah pada PM Najib Razak dan 1MDB. Adakah ini etika kewartawanan yang diamalkan oleh The Edge dan TMI?

Tong Kooi Ong sebagai pemilik kepada media tersebut hendaklah tampil ke hadapan untuk bantu siasatan atas perbuatan tidak beretika yang diamalkan oleh The Edge dan TMI. (SUMBER)


3 comments:

Anonymous said...

ayoh kabeh.... kito kerjakke..... ojo meneng waee kang.... asyik kenak waee.....sampei kapan kang... waduh x5

Anonymous said...

Cina juga jadi dalangnya. Dia ni patut dilucutkan kerakyatannya kerana sengaja mahu menjatuhkan negara.

Anonymous said...

Haha sori laa..kasih syg najib kt tongkang ooii ni melebihi segalanya...

 
Blogger Templates