Ia berlangsung selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan Hakim Syarie Selangor, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan para Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada Isnin.
Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi berhubung intipati pertemuan yang berlangsung.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan tertutup yang diadakan, tetapi tidak mengiakan butir perbincangannya.
“Saya tak tahu butir perbincangan antara Menteri Besar dan Tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.
“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin dalam tempoh dua jam itu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Khamis lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Azmin akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR). (SUMBER)
1 comment:
MASAALAH AIR PUN TAK PANDAI SELESAI !!!
Post a Comment