Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 23, 2015

AZMIN ALI PULA KENA GAME DENGAN DAP... BAKAL KEHILANGAN JAWATAN GARA-GARA KETAMAKAN DAP!!!



Sudah semakin jelas dan terang, DAP tidak berhasrat untuk terus bergayut kepada Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor lagi. DAP dikatakan sudah mempunyai calon mereka sendiri terutama selepas Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dari PAS, lebih berpihak kepada mereka berbanding PAS.

Tiada pihak yang dominan di Selangor walaupun DAP berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan mereka adalah TUAN BESAR di Selangor dengan mengeluarkan pelbagai arahan kepada PAS dan PKR termasuklah kepada Azmin Ali. DAP hanyalah penguasa untuk 15 kerusi DUN yang bermajoritikan Cina. Tiada seorang pun wakil Melayu dalam DAP di DUN Selangor. Dan yang lebih menarik, tiada mana-mana ADUN DAP pun yang fasih bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan dengan baik walaupun ada yang boleh berbahasa Jawa.

Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-12 dan PRU-13 membolehkan DAP menguasai PBT sepenuhnya walaupun seharusnya PAS turut mendapat tempat dan kuasa yang sama banyak serta lebih baik berbanding sekarang, memandangkan jumlah perolehan PAS sama dengan DAP iaitu 15.

Dek kerana kedudukan mereka itulah yang menguasai pelbagai sektor di Selangor secara khususnya, mereka berasa megah diri dan angkuh. PAS sekadar diberikan portfolio yang kurang penting, sama ada dalam pentadbiran negeri mahupun dalam pentadbiran PBT.

Azmin Ali dikhabarkan telah bertemu dengan Tun Dr. Mahathir di London tidak lama dahulu untuk 'membincangkan' sesuatu. Satu pertemuan juga dikatakan telah berlangsung di Jepun pada hari yang sama, Perdana Menteri Najib Abdul Razak  berada di bumi Nippon.

Kebimbangan kehilangan jawatan-jawatan mewah yang disandang sekarang, menyebabkan DAP mula mengatur gerak untuk menumbangkan Azmin Ali. Walaupun Azmin Ali mendapat sokongan DAP dalam permainan 'seek-and-hide' dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor antara Wan Azizah (Anwar Ibrahim) dengan Khalid Ibrahim yang berakhir dengan 'kemenangan' berpihak kepada Azmin Ali, namun kali ini, DAP sudah mula terasa bahangnya.

Gabungan PKR-PAS-UMNO akan menyisihkan DAP sepenuhnya di Selangor. Kebimbangan itulah yang mendorong DAP mendahului semua pihak di Selangor untuk menentukan pentadbiran baru. DAP berulang kali mendesak PKR dan Azmin Ali agar menyingkirkan PAS. DAP sudah berulang-ulang kali mendesak Azmin Ali memecat tiga orang Exco Negeri dari PAS. DAP juga sudah memberikan isyarat agar semua Ahli Majlis PBT-PBT dari PAS di seluruh Selangor diberhentikan dengan alasan, PAS dengan DAP sudah tidak ada sebarang hubungan.

Namun kedegilan Azmin Ali untuk meneruskan Pakatan seperti sekarang, terus meresahkan DAP. Dan DAP sekali lagi dilaporkan mula menggerakkan usaha untuk menggulingkan Azmin Ali daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Menaikkan boneka dan mengumpan dengan jawatan walaupun jawatan-jawatan tersebut berportfolio tidak penting adalah Modus Operandi DAP. Seperti yang dilakukan ke atas Nizar Jamaluddin, sekalipun dipersetujui sebagai Menteri Besar Perak, DAP yang membuat segala-gala keputusan bagi pihak Nizar Jamaluddin. Nizar Jamaluddin sekadar menjadi jurucakap. Begitu juga apabila Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak, dia hanya akan menjadi jurucakap dan burung tiung untuk Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Sekarang ini, yang perlu dinantikan adalah drama seterusnya di Selangor. Yang pasti, LANGKAH KAJANG yang diatur dan diskripkan oleh Rafizi Ramli bakal menmbolehkan DAP lebih berkuasa dan menjadi pengatur ulung di Selangor.

Adakah dalam usaha untuk menyelamatkan kedudukannya, Azmin Ali akhirnya akan merendahkan egonya dan kemudian terkulai di pangkuan Teng Chang Kim dan Teresa Kok atau Tony Pua?

Sudah tidak lama lagi untuk kita menyaksikan kesimpulannya!


4 comments:

Anonymous said...

"Ya ALLAH, dengan kebesaran bulan Ramadan ini, KAU hancurkanlah DAP, munafik PKR dan PASMA sehancur-hancurnya. KAU berikanlah keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Selangor dan berikanlah kekuatan serta hidayah kepada DYMM Sultan dan para ulama di Selangor DarulEhsan.

Ya ALLAH, KAU satukanlah umat ini (yang sentiasa diperbodohkan oleh ahli politik), agar Islam terus tertegak di bumi Darul Ehsan dan rakyatnya terus hidup berkualiti dan fokus kepada pembangunan iman, insan dan fizikal serta penyatuan kaum di negeri tercinta ini."

Ya ALLAH, KAU hancurkanlah DAP, munafik PKR dan PASMA sehancur-hancurnya." Amin...

Cikgu Kampong, Klang.

Anonymous said...

muslim narrated: allah messenger saw said: "the strong believer muslimin(malays) is better and more lovely by allah swt than the weak one,but they are both good". .death whisper.

Orang melayu said...

Bkn ahli politik yg bodohkn rakyat , tp rakyat yg bodohkn diri mereka sendri , bknkh allh kurniakn kn kita akal dan fikiran cikgu

Anonymous said...

amin... amin...amin..yarabbal...alamin....

 
Blogger Templates