Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.
Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.
Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.
Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.
"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.
Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.
"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi. (RUJUK SINI)
3 comments:
berhibur sambil mencari keinsafan
dituju khas pada kumpulan parasit dan barua dalam PAS
https://www.youtube.com/watch?v=3zbbblfDs34
Leader group(tony pua) for 16 people trained by jewish zionist agent for 3 years.15=Chinese, 1=Indian,1=Great Malay =X..DAP (Mr.Razali -the whistle blower)
shafiee abdullah -freedom fighter -jundullah-eyes of the tiger
Post a Comment