Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 25, 2015

TONG KOII ONG PERLU BERTANGGUNGJAWAB, KATA ZAHID HAMIDI!!!



Pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong telah diberikan amaran berhubung penyiaran berita-berita tidak tepat.

"The Edge dan pemiliknya, Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab di atas penyiaran laporan-laporan tidak tepat dan palsu. The Edge seharusnya mengkaji fakta-fakta sebelum artikelnya disiarkan," kata Menteri KDN, Zahid Hamidi dalam satu majlis.

Menurutnya, blog The Sarawak Report telah menjadi sumber maklumat palsu ke atas jentera pelaburan Kerajan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan maklumat palsu ini kemudiannya telah dilapor dan disiarkan oleh The Edge serta media-media lain.


Zahid Hamidi turut bercakap tentang penangkapan seorang pemerasugut warganegara Switzerland, Xavier Justo di Thailand dua hari lepas dengan berkata, Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan bahawa Justo adalah individu yang menyalurkan banyak maklumat salah kepada The Sarawak Report, sambil menambah sebahagian dairpada e-mel dan dokumen yang disiarkan di blog tersebut menunjukkan tanda-tanda tokok tambah dan pindaan selepas dicuri dari pangkalan data PetroSaudi.

Menurutnya, maklumat yang diambil daripada pangkalan data tersebut tidak lengkap dan telah diedit oleh profesional dengan tujuan untuk merosakkan imej organisasi tertentu.

Berhubung penangkapan Justo oleh pihak berkuasa Thailand, Menteri KDN itu berkata, "Jika terdapat sebarang permohonan daripada polis Thailand bagi mana-mana individu untuk membantu mereka dalam siasatan kes ini untuk dihantar ke sana, kami sedia membantu mereka." (SUMBER)


2 comments:

Anonymous said...

amaran waaeeee, hhmm.......

Anonymous said...

Allah Maha Kaya. Selepas dihina, cemuh dan ejekkan, satu persatu kudis terbongkar. Allah tidak memandang siapa engkau walau pun negarawan.

 
Blogger Templates