Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 7, 2015

6 AKAUN BANK BERKAITAN PENYALURAN DANA KE AKAUN PERDANA MENTERI, DIBEKUKAN!!!

Yang diperolehi menerusi sistem WhatsApp sebentar tadi....

KENYATAAN MEDIA

SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.


Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

7 Julai 2015

6 comments:

bebas said...

Akaun dh ad.. Lg mau sokong ah jib gor ka???

Anonymous said...

Perghh... kalau kena kat UMNO BN... bukan main cepat je tindakan beku sana sini.. tapi kalau DAP PKR PAS.. tunggu laporan polis dulu.. itupun kalau hari-hari masuk paper muka depan .. baru la nak ambil tindakan... pigidah... harap TSSA dapat backing

Anonymous said...

Dah jadi mcm Nie nasiblaaa. .. Tu laa org ckp jaga hati Rakyat lg penting.. Nie minyak naik .. Topup kena gst .. Harga Barang keperluan naik.. Walaupun kes Dalam siasatan pasti akan bagi tekanan yg hebat .. Masa Nie Rakyat nak sokong?

Basar said...

Aku rasa bukan Akaun pm tapi akun mantan pm ha2

liey691 said...

xpyh ckp law xtaw pa2 psal hal dalaman,,jgn nk wt tuduhan sndri,..biar pihak yg berkuasa ja yg wt kputusan,...ko tu macai UMNO ja...

Anonymous said...

Tolong cek sekali akaun mantan pm ngan kroni2 die sekali

 
Blogger Templates