Tinjauan juga mendapati laluan atau jajaran ban tebatan itu mengandungi pokok-pokok hutan dan pokok-pokok tanmaan kampung, yang telah pun ditebang dan dipindahkan keluar atau dijual. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan penebangan dan pengeluaran pokok-pokok tersebut dibuat dengan permit yang sah. Tanpa permit yang sah, pengeluaran tersebut bermakna tiada sebarang hasil cukai kayu-kayan dibuat kepada kerajaan menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Seperkara yang menarik tentang projek tebatan banjir di Bukit Bertam, Selama Perak itu ialah:
Dua orang perantaraan antara Kontraktor dengan orang-orang kampung telah dikenalpasti sebagai ‘Amir Mat Yakin’ dan ‘Dolah Serabut’. Kedua-dua mereka adalah penyokong tegar PAS pada PRU-13 lalu. Mereka inilah yang dikatakan banyak mempengaruhi kontraktor dan JPS bagi pihak pemilik bangunan untuk mengubah laluan agar rumah yang telah dibayar sepenuhnya pampasan oleh Kerajaan tidak perlu dirobohkan atau berpindah.
Kedua-duanya bergabung dengan seorang lelaki bernama Saimi Awang Teh yang merupakan bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua untuk menghancurkan Persatuan Belia yang cukup kuat suatu ketika dahulu.
Ada pendapat yang menyatakan, Saimi telah mempengaruhi JKKK dan UMNO untuk melantik Amir Mat Yakin dan Dolah Serabut sebagai orang perantaraan antara kontraktor dan penduduk, agar segala kepincangan dan kesalahan tidak diletakkan kepada UMNO dan JKKK. Namun lebih ramai yang berpendapat, kedua-dua mereka adalah orang suruhan Saimi.
Persoalannya, mengapa kontraktor dan JPS menggunakan orang PAS dan bukannya orang UMNO yang selama ini memperjuangkan keutuhan BN dan UMNO yang pernah kecundang pada PRU lepas?
Mengapa pula JKKK atau Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Tua dan Bukit Bertam seolah-olah langsung tidak pedulikan keselamatan penduduk selain pembaziran atas peruntukan dan wang kerajaan untuk projek tersebut?
Mengapa sepatutnya penduduk yang tinggal di kawasan rizab sungai dipindahkan ke suatu kawasan baru, tidak melibatkan dua orang yang lain walaupun mereka bermastautin di atas rizab sungai?
Bagaimana penempatan baru boleh dibina di atas satu kawasan Hutan Simpan yang tidak mendapat kelulusan secara perundangan daripada Jabatan Perhutanan Perak sedangkan ia jelas menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan. Mengapa Pejabat Daerah seperti sengaja menunjukkan kelalaian dalam kes ini?
Di bawah ini adalah dokumen-dokumen yang melibatkan individu yang telah mendapat pampasan penuh tetapi tidak berpindah dan individu tersebut adalah penyokong PAS tegar.... teruskan BACAAN DI BULETIN 247.
3 comments:
Bro , selalu aku cakap, iman bukan pada serban atau janggut. Klu itu ukuran iman Abu jahal la lebih beriman coz serbannya lebih pnjang, janggut pun boleh tahan. Bile aku tgk balik lebai2 pas ni, sedih beb. Bodoh x tau ape pun sgt, tapi ckp kalah mufti. Phuiii
MAT SABU NO IDEA, DIKATAKAN BELI PARTI 'KITA' DAN TUKAR NAMA
Parti KITA itu telah dibeli dan ditukar nama kepada Democratic Islam Party (DIP), dakwaHazwan Faisal dalam Facebooknya hari ini.
“Pada minggu lepas, Parti KITA Malaysia telah dibeli oleh seorang korporat dengan harga RM140 ribu. Pembelian parti ini diurus oleh Ishak Surin, bekas Yang Dipertua PAS Batu.
“Parti ini kemudiannya akan diubah dengan nama Democratic Islam Party (DIP) dengan Presidennya Dr Sidiq Fadhil dan Timbalannya, Mat Sabu.
“Sebanyak 40 NGO Islam akan menyertai parti ini dan akan diumumkan selepas raya. Geng 18 akan menyusul kemudian.
“Didakwa Dato Mohd Asri @ Dr MAZA , Mufti Perlis, sedang dipancing menyertai parti ini,” jelas Hazwan Faisal berkenaan khabar angin yang sedang tersebar itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, justeru itu satu parti baharu perlu ditubuhkan sebagai jalan penyelesaiannya.
“Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.
“Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam semalam, lapor The Malaysian Insider.
embentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.
“Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.
“Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu,” katanya.
Khalid berkata, pihaknya memberikan tempoh 100 hari kepada PAS sebelum ini bagi membolehkan parti itu kembali kepada suasana kukuh dan mantap dalam PR seperti sebelumnya.
“Tempoh 100 hari itu akan tamat pada 14 September depan. Jika PAS tidak berubah, kami terpaksa meneruskan agenda itu. Gerakan Harapan Baru. Matlamat kita nak wujudkan gabungan pembangkang yang mantap dan utuh,” katanya.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT
I shoot the renjer,.......
Post a Comment