Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 29, 2015

VIDEO BOCOR MUHYIDDIN KATA NAJIB TERIMA USD700 JUTA DALAM AKAUNNYA!!!




Ada semacam usaha untuk mewujudkan pergaduhan besar-besaran dalam UMNO dan permusuhan kekal yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional bercempera kerana permusuhan dalaman.

Malaysiakini memainkan peranan tersebut dengan jayanya hari ini!

Agak menarik kerana klip video 53 saat telah digunakan untuk tujuan tersebut dan ianya diterima sebagai satu noktah dan kesimpulan kekal.

Tidak pula ada yang bertanya, mengapa klip video tersebut terlalu pendek dan tidak ditunjukkan bakinya?

Perbualan tersebut di dalam rumah Muhyiddin. Ia sekadar perbualan biasa, bukannya satu ceramah atau forum terbuka. 

Apa sebenarnya yang dibincangkan oleh Muhyiddin? Apakah mereka membincangkan tentang kegunaan tersebut dan siapa yang memperolehinya selain yang tergambar dan cuba ditekankan Najib telah menerima wang berkenaan? Atau sama ada UMNO atau Barisan Nasional membenarkan Presiden dan Pengerusi menyimpan wang tersebut sebagai satu amanah? 

Siapakah yang memiliki baki rakaman berkenaan? Mengapa tidak disiarkan keseluruhan rakaman? Mengapa hanya 53 saat? Adakah telefon yang merakamkannya telah habis data atau memori?

Kata-kata Muhyiddin terhenti pada 'pengakuan' Najib tetapi kegunaan wang tersebut tidak disiarkan. 

Dalam kontroversi berkenaan wang USD700 juta, Najib menafikan wang tersebut ia adalah dari 1MDB dan digunakan untuk kepentingan peribadi. Kenyataan Najib disokong oleh Reezal Marican dan Tajuddin Abdul Rahman. Malah mereka menegaskan, UMNO-BN tidak memerlukan wang 1MDB untuk membiayai pilihanraya sebagaimana tuduhan Tun Dr. Mahathir, sebaliknya mempunyai sumber-sumber sendiri.

Walau apa pun, ini adalah rakaman kedua yang dibuat secara curi-curi melibatkan Muhyiddin pada bulan ini dan kemudian dibocorkan. 

Sungguh aneh. Pembocoran klip video hanya melibatkannya dan kalau tak salah seorang lagi adalah V.K Linggam. (DI SINI

Orang lain tak ada video ke? Ke orang lain 'terjaga' dan 'berjaga-jaga'? Atau sememangnya ada orang yang sentiasa mengikut Muhyiddin, menunggu dia berbuat silap dan kemudian menghebahkan kesilapannya itu dengan menggunakan medium seperti Malaysiakini untuk cuci diri?

Atau ini sebenarnya adalah bantuan kepada DAP dan PKR yang mahu menuntut agar semua kemenangan UMNO-BN dimansuhkan dan kemenangan diberikan secara percuma kepada mereka, sekaligus membolehkan mereka menjadi pemerintah negara ini dengan cara mudah?

Seandainya, hal ini menjadi perdebatan dan hujah kepada DAP-PKR untuk mempersoalkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO, justeru, pihak berkuasa juga perlu memaksa semua parti politik terutama sekali DAP mendedahkan punca kewangan mereka untuk pembiayaan perjalanan politik, kempen pilihanraya dan program-program kepartian selama ini.

Bagi yang tidak tahu, semasa PRU-13, sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN telah dipertandingkan menjadikan jumlah calon Barisan Nasional yang bertanding adalah 727 orang, tidak termasuk penggunaan NGO, pengiklanan di media massa dan elektronik, iklan dalam talian dan sebagainya.

Dan kesemua itu memerlukan modal yang besar!


4 comments:

Anonymous said...

"Dan kesemua itu memerlukan modal yang besar!"

Dengan ini kami rakyat marhaen dengan penuh hormat, rendah diri dan tawaduk memohon PM DS Najib supaya mengaku beliau ada mengambil duit USD700 juta masuk kedalam akaun beliau!

Anonymous said...

Bro...benda yg kat atas tu mmg elok disiasat juga...tapi siasat kemudian la...
Yg paling utama skang ni - najib tampil buat penjelasan - katakan ya atau tidak dia ada terima duit tu?? Tak kisah duit 1mdb atau duit apa pun..
Takde org yg akan bagi duit sebanyak itu free2 jer...jadi apa yg dicagarkan utk duit sebyk tu???
Najib kena jelaskan pd rakyat...jgn menyorok2 lagi...

Unknown said...

Geng muhyidern dh kenyang.cukup2 lah,dhkenyang,tk cukup lagi kah.kini giliran geng2 ahid pulak.
lagi satu apa jasa yg telah di berikan oleh muhyidin tuk m'sia selain dari bijak menutur n menyusun kata2.zero.beri peluang org lain plak.pilihan raya 14 .mikris akan dilantik pulakkejawatan menteri kabiney tuk menutup mulut tun.tungguuuu.

Anonymous said...

kena jelaskan pd rakyat. skrg heboh kat kedai kopi di kg ajib joli duit rakyat. tambah muhydden kena pecat. panas ooo....

 
Blogger Templates