Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 3, 2015

AKHIRNYA, LIM GUAN ENG KALAH DALAM PERBICARAAN DAN TERPAKSA BAYAR GANTI RUGI KERANA 'NENEK RASIS'!!!



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelarnya nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Menurut laporan Utusan Online, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

very good accusation method.....hmm.....

 
Blogger Templates