Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 28, 2015

ANTARA 'PEMECATAN' PEGUAM NEGARA GHANI PATAIL DAN MUHYIDDIN YASSIN SERTA ROMBAKAN KABINET.. HARI INI SEGALA-GALANYA DRASTIK!!!



Berita yang mengejutkan walaupun sebenarnya desakan terhadap isu ini telah lama dibuat, terutama ketika isu perbicaraan liwat Anwar Ibrahim, telah pecah semenjak pagi tadi.

Persaraan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail berkuatkuasa serta-merta pada hari ini telah memenuhi semua medium media terutama sekali media sosial. Alasan yang diberikan adalah masalah kesihatan.

Tidak ramai yang mengetahui, Ghani Patail menjalani rawatan dialisis. Ada yang memberitahu, dia menjalani rawatan dialisis darah tiga kali seminggu. Sekaligus menunjukkan yang proses tersebut menandakan penyakitnya adalah kronik dan bebanan tugas akan lebih menjejaskan buah pinggangnya.

Serta-merta pula, media berkejar mendapatkan Ghani Patail untuk mendapatkan ulasannya. Grafik di atas adalah jawapan Ghani Patail yang memperlihatkan seolah-olah dia 'terkejut' dengan persaraannya.


Tugasannya sebagai Peguam Negara kini digantikan oleh Tan Sri Apandi, Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal kerana menolak permohonan HERALD TRIBUNE dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH untuk penerbitan Kristian berbahasa Melayu mereka.

Namun yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh sekalian ramai orang adalah pengumuman penting yang bakal dibuat pada jam 3:00 petang nanti.

Ramai dan banyak pihak terutama media sedang membuat spekulasi tentang pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran ucapannya selama 1 jam 8 minit dalam perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Cheras dua hari sudah. Terdapat juga beberapa nama Menteri dan Timbalan Menteri yang katanya akan disingkirkan selain beberapa nama lain dinaikkan pangkat menjadi MENTERI PENUH, dan Timbalan Perdana Menteri.


Antara nama-nama yang dikatakan bakal naik pangkat menjadi MENTERI PENUH adalah AHMAD MASLAN, Ahli Parlimen Pontian yang sekarang ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang GST dan 1MDB.

Bagaimanapun, ada pula maklumat lain yang menafikan sebarang rombakan kabinet. Walaupun Perdana Menteri dilaporkan bergegas menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong semalam sewaktu mesyuarat Majlis Ekonomi, tetapi perkara yang dibincangkan dalam penghadapan itu adalah membabitkan Ghani Patail.

Lagipun jawatan Timbalan Perdana Menteri hanyalah Menteri dalam perlembagaan. Itu sebablah perlantikan TPM dibuat tanpa perlu mendapatkan keizinan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, sebaliknya upacara angkat sumpah hanya dibuat di hadapan Perdana Menteri.

Apa-apa pun, kita tunggu jam 3:00 petang walaupun pelbagai khabar angin terus bertiup kencang!


10 comments:

Anonymous said...

Najib oh Najib....dah terdesak, rakyat marhaen suruh ko berhenti yang ko berhentikan orang bawah pasal apa?

Ghani patail tu ada beberapa bulan lagi nak pencen....kenapa tergesa gesa?

Lepas ni siapa pulak? Oh ya mana2 yang tak sebulu tak ikut cakap arahan ko nak berhentikan?

Berhenti aje lah Najib selesai masalah?

Anonymous said...

negara ku malaysia penoh dengan ..tin tin tin kosong

Anonymous said...

Elok lah pecat si Ghani ni,buat kerja lembab ,kalau melayu buat salah cepat kena tangkap tapi kalau cina berkira2 ,tengoklah bila banyak orang buat report polis apa sudahnya ?ke tong sampah akhirnya.patutlah DAP naik tocang budak cina bertambah biadap mcm si alvin tu,so jangan salah kan Najib memang layak si Ghani tu di pecat girlfriend dia siapa?sokong Najib.

Anonymous said...

Semlm kuar berita kejayaan pppm muhyidin kat tv3.. tup2 harini kena pecat? Torbaik...

Anonymous said...

Liang lahat untuk UMNO dikebumikan pada PRU14 telah siap diaediakan.

Anonymous said...

Perkara yang belum berlaku jangan ditentukan,tapi perkara yang sudah berlaku amat wajar dihebahkan macam PR tak sempat buat liang lahat pun dah dikuburkan....he..he..he..

Anonymous said...

Tangguh Perhimpunan Agung untuk elak perpecahan......UMNO mula kearah perpecahan ekoran kes terbaru.Berjangkit dari PAS yang mula berpecah kelepas perhimpunan agung.Kedua-dua parti Melayu/Islam.....Siapa yang akan mendapat untung selepas ini?

Anonymous said...

Teori R.A.H.M.A.N.....Lepas N huruf M tak ada dan Z juga tak ada tapi dalam susunan huruf abjad Z ialah penghujung sekali dan PENAMAT.

Anonymous said...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah
juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam
kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
(A-li'Imraan 3:26 )

landak said...

Setuju.....itu semua kerja Allah....tak perlu memandai-mandai siapa yang akan memerintah kelak.....Allah dah tentukan kesemuanya....

 
Blogger Templates