Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 13, 2015

DAH TERBERAK BARU TERKANGKANG!!! APA MOTIF KPDNKK MEUWAR-UWARKAN OPERASI YANG BAKAL DILAKSANAKAN DI LOW YAT?



Sudah banyak kes penipuan dan penjualan barangan tiruan di Low Yat Plaza. Malangnya, sebelum ini, tidak ada reaksi daripada KPDNKK. Jangankan operasi, muka penguatkuasa KPDNKK pun tak kelihatan di Plaza Low Yat yang cukup terkenal dengan kesamsengan urusniaganya.

Alih-alih, pagi tadi, muncul pula IKLAN BESAR dan PEMBERITAHUAN yang satu operasi akan dijalankan di Plaza Low Yat. Operasi tersebut dinamakan sebagai OPS TULEN.

Semua butirannya tercatat seperti di dalam IKLAN di atas.

Jemputan turut dipanjangkan kepada wakil-wakil media. Dengan kata lain, wakil-wakil media dikehendaki untuk mempopularkan dan mempublisitikan operasi tersebut sekaligus mewujudkan persepsi bahawa KPDNKK memandang serius industri penipuan di Low Yat Plaza.

Adakah ini lakonan semata-mata?

Adakah ini merupakan kerja-kerja penyamaran semata-mata kerana pemberitahuan awal itu, sekaligus memberikan persediaan awal kepada puak yang kuat menipu yang bersarang di Low Yat untuk berpura-pura dan berlakon jujur?

Bukankah sudah lama wujud desakan agar KPDNKK untuk mengetatkan dan memperkasakan penguatkuasaan bagi mengelakkan penganiayaan ke atas golongan pengguna dan pembeli, bukannya setakat insiden Low Yat semata-mata?

Bukankah sudah lama diperkatakan bahawa ketiadaan penguatkuasaan daripada KPDNKK, menyebabkan harga barangan melambung tinggi di pasaran dan alasan yang diberikan oleh KPDNKK adalah 'KETIADAAN KAKITANGAN'?

Atau adakah IKLAN ini juga merupakan satu lagi TROL yang cukup intim dengan Hasan Malek dan KPDNKK?


10 comments:

Anonymous said...

inilah org malaysia...dah jd baru terhegeh2..masa x jd depan mata pun dok terbeliak je..tengok je x buat apa2..
lu org tak kerja ke?

Anonymous said...

Kpdnkk salah satu kementerian yg paling bengap

Anonymous said...

Bila menteri cap ayam...pegawai2 kementerian pun cap ayam lerrr....

Anonymous said...

Harap lebih banyak pemantauan akan dilakukan dan tolong jangan lepaskan peniaga2 PENIPU yang didapati bersalah. Hukuman yang berat patut dikenakan sebagai teladan kepada peniaga2 PENIPU yang lain!
Apasal kena bagi muka lebih2 kepada peniaga2 kurang ajar dan biadap macam ni?
Diorang ingat Bukit Bintang tu pusat bandar di Hongkong ke? Guangzhou ke?

Anonymous said...

apasal bangang sgt ejensi kerajaan ini??? kalau nak buat operasi perlu ke diwar-warkan?? dr menteri sampai kakitangan tahu makan gaji buta n rasuah..

Anonymous said...

apasal bangang sgt ejensi kerajaan ini??? kalau nak buat operasi perlu ke diwar-warkan?? dr menteri sampai kakitangan tahu makan gaji buta n rasuah..

paktam said...

Hasan Malik mesti dihentikan segera.

Ted Manoff said...

Kementerian paling Chelaka...dengan menteri nya BerPuaka

Anonymous said...

BENGONG.....NAK BUAT OPERASI DIWAR WARKAN BUAT APE......CINA CINA TU SOROK HABISLAH BARANG2 CLONE TU......
CERODEK BUAH PELIO.......

Orang melayu said...

Ni bkn trol tp nk menyelatkn penyumbang duit bulanan kt pegawai kpdnkk , bangang apa nk buat operasi tp brtthu dlu , siap ada tarikh lg

 
Blogger Templates