Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 28, 2015

DAP DAH START TUSUK JARUM... PERSARAAN GHANI PATAIL TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN KATA GOBIND SINGH DEO!!!



Najib sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan para peguam hebat dalam DAP. Najib tidak boleh membuat keputusan dan kemudian mempersembahkannya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Apa-apa cara pun, Najib kena menghadap DAP terlebih dahulu untuk diberikan perkenan. Kalau tidak, semua tindakan Najib dilihat sebagai tidak berperlembagaan.

Barangkali itulah yang dimaksudkan oleh Gobind Singh Deo yang mengulas perlucutan jawatan Abdul Ghani Patail sebagai Peguam Negara. Katanya perlucutan jawatan tersebut telah melanggar perlembagaan.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, Artikel 145(6) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan penyingkiran atau pemecatan mana-mana Peguam Negara daripada jawatannya kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Kata Gobind Singh Deo lagi, Ghani Patail hanya boleh dipecat menerusi sebuah tribunal yang diwujudkan untuk menyiasat layak atau tidak dia dipecat.

Gobind merujuk Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan hujahnya itu.

Khidmat Ghani tidak boleh ditamatkan semata-mata kerana sebab-sebab kesihatan, kata Gobind Singh Deo.

Dan seperti biasalah, Gobind Singh Deo selaku pemimpin kanan DAP akan membuat pelbagai teori dan persepsi berhubung kenyataannya sendiri, terutama sekali yang melibatkan 1MDB.

Dalam pada itu, dia turut mendesak, Peguam Negara yang baru, Mohamed Apandi Ali untuk mendedahkan kepada awam berhubung peranan Special Task Force yang terlibat dengan 1MDB tentang tugas-tugas mereka dan apakah yang telah mereka lakukan.


11 comments:

Unknown said...

Kalau betul seperti mana dikatakan oleh si DAP ni......maka akan bertambah lah bala.
Jangan pandang enteng statement dia.

Anonymous said...

Cakap balik kat gobind singh.. CEC DAP tu ikut Perlembagaan atau ikut cakap keluarga Lim dan keluarga Singh? Kata orang paku serpih tak habis-habis.. Gani Patail pun tak heran kena henti .. sibuk putar belit

Ted Manoff said...

Bangsa Sikh ni lah Dajal Besar dlm Malaysia...hati2

Anonymous said...

Tusok jarum apenye? Memang betul pemecatan tu nampak tergesa-gesa dan tidak sah.

Anonymous said...

1/ I dont condone what DSN did. I think it is disastrous to Msia.

2/ As for sacking of AG, unfortunately DAP-Gobind is wrong. Apa punye lawyer, kata terer.. isk.. pls refer to clause (6) of Article 145 of the constitution. Ask him to read carefully or go back to law school.

Anonymous said...

Pandainya benggali ni..ada apa apa le dgn gani patail ni...patutlah bila kes melibatkan pembangkang tindakan gani patail macam siput babi aja...

Anonymous said...

Gobind sink ni semua nak cepat...

Sabarlah....biarlah Task force buat kerja dia


Tak kan bodoh sangat kerajaan nak pecat peguam negara kalau tak ada sebab tertentu...

Anonymous said...

Apa Kesannya?

TPPA: Malaysia usah ikut telunjuk pelabur luar Antara 29 bab yang sedang dirundingkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Malaysia dan 11 negara lain, bab Pelaburan boleh dikatakan antara yang paling ‘mengerikan’. Ini kerana peraturan di bawah bab ini memberi kelebihan melampau kepada pelabur luar sehingga membenarkan mereka mencabar dasar sesebuah kerajaan walaupun dasar itu dibuat bagi kepentingan awam, seperti peraturan dalam sektor kesihatan atau penjagaan alam sekitar. Kita perlu belajar daripada Mexico yang telah melalui pengalaman ngeri ini daripada pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), iaitu perjanjian perdagangan bebas (FTA) hampir serupa dengan TPPA yang ditandatangani oleh negara Amerika Selatan itu, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Setakat ini, Mexico berdepan 14 kes saman bernilai berbilion ringgit daripada pelabur luar yang difailkan di bawah Bab 11 dalam NAFTA, iaitu peruntukan untuk melindungi pelabur luar dan memudahkan penyelesaian dalam pertelingkahan pelaburan. Satu contoh kes difailkan terhadap kerajaan Mexico melibatkan syarikat pengurusan sisa AS, Metalclad Corporation. Metalclad pada 1996 mengemukakan saman di tribunal NAFTA selepas kerajaan negeri San Luis Potos di Mexico enggan memberi kebenaran untuk syarikat itu membuka semula sebuah kilang pengurusan sisa selepas audit geologi menunjukkan kilang itu akan mencemarkan bekalan air penduduk tempatan. Menurut Metalclad, tindakan kerajaan Mexico itu melanggar Bab 11 dalam NAFTA dan ‘merampas keuntungan syarikat’ atau ekspropriasi. Syarikat itu menuntut AS$90 juta (RM330 juta) pampasan. Tribunal itu membuat keputusan menyebelahi Metalclad dan mengarahkan Mexico membayar pampasan AS$16.7 juta (RM61 juta). Dan kini, bab Pelaburan yang diusulkan dalam TPPA oleh AS menggunakan acuan sama seperti NAFTA, iaitu memberikan perlindungan melampau kepada pelabur luar. Kerajaan Australia pula disaman British American Tobacco (BTA, pengeluar rokok jenama Dunhill) pada 2012 kerana memperkenalkan undang-undang - berdasarkan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia - yang mengharuskan syarikat tembakau menggunakan pembungkusan biasa (plain packaging) tanpa iklan dan jenama untuk menghalang lebih ramai rakyatnya meninggal dunia akibat tabiat merokok.www.janganjualnegara.com

Anonymous said...

Lantik aje dia jadi AG tengok dia punya pusing...

Anonymous said...

Gobind Deo terdiam... lantas berkata itu adalah urusan parti dap dan andatak perlu campur... ha ha perlembagaan...

Anonymous said...

Piiirrraahhhh! Cit! Puiieee!

Lu mau defend ini olang pasai dia tara angkat action atau manyak slow mau angkat action sama bangsa pendatang dan dia manyak cepat take action sama olang Melayu. Ada butul bai?

Olang Melayu sudah banyak sabar sama dia oo...

 
Blogger Templates