Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 24, 2015

DARIPADA MINTA RAHMAN DAHLAN BERSIHKAN REPUTASI NAJIB, BAIK LIM KIT SIANG TERANGKAN MACAM MANA PIMPINAN DAP BOLEH JADI KAYA-RAYA!!!



Seperti cuba mengelak daripada mengulas atau menyentuh tentang tuduhan isteri Tony Pua memiliki RM3 juta dalam akaun di negara asing selain akaun peribadi anak lelaki dan menantunya, Lim Guan Eng dan Betty Chew di Hong Kong, Lim Kit Siang cuba melakukan serangan untuk mengalihkan perhatian.

Serangannya sudah tentulah kepada Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud yang telah menyebabkan Tony Pua, Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat serta Rafizi Ramli terkantoi menerusi pengakuan berani mati Lester Melanyi yang sekarang ini digunakan oleh PDRM untuk melakukan siasatan giat.

Lim Kit Siang cuba mengolok-olokkan Rahman Dahlan agar memberitahu Najib agar membuat pengisytiharan dari mana datangnya RM2.6 bilion wang di dalam akaun peribadinya di Ambank pada Mac 2014 dan untuk siapa dan untuk apa ia dibelanjakan.

Kata Lim Kit Siang lagi, Abdul Rahman sepatutnya membantu Najib untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan menyeleweng dan politik wang.

Tun Dr. Mahathir yang merupakan pengkritik kuat Najib Abdul Razak selepas isu 1MDB memuncak, bagaimanapun, tidak menyalahkan Najib malah menyifatkan wang tersebut sebagai 'derma politik' untuk kegunaan kempen UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU.

Menariknya, Lim Kit Siang sendiri tidak dapat menerangkan bagaimanakah DAP tiba-tiba menjadi sangat kaya dan mampu mengendalikan pelbagai projek politik besar-besar termasuklah IMPIAN SARAWAK. DAP tidak mampu menerangkan bagaimana wang rakyat Pulau Pinang, hilang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng sebaliknya cuba menyibukkan keadaan dengan pelbagai tuduhan ke atas Kerajaan Pusat selain cuba mencambahkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Namun kekayaan melampau DAP, termasuklah bagaimana Chen Man Hin yang datang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1951 yang sekarang ini mempunyai kekayaan bernilai RM700 juta setelah tanahnya diambilalih oleh FGV, tidak pernah mampu diterangkan oleh Lim Kit Siang.

Lebih-lebih lagi pendedahan tentang bagaimana isteri Tony Pua yang bukan siapa-siapa mempunyai wang dalam akaun di luar negara berjumlah RM3 juta sebagaimana yang didedahkan oleh bekas pembantu peribadi Teresa Kok beberapa hari lepas juga, tidak langsung dinafikan atau diterangkan oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Daripada Lim Kit Siang dan DAP berusaha untuk mendedahkan kebobrokan Najib Abdul Razak dengan data-data dan dokumen-dokumen yang telah disahkan, telah dipinda dan dibeli daripada seorang pemeras ugut, lebih baik Lim Kit Siang membersihkan DAP daripada segala tuduhan memperolehi kekayaan luar biasa sehingga mampu mewujudkan pelbagai projek politik mega terutama sekali di Sarawak.


3 comments:

paktam said...

Jangan lupa 1MDB bagi lebih 1 bilion kepada kerajaan DAP ppinang untuk tanah yang katanya tidak boleh dibangunkan.

Naza said...

Bila baca tulisan hang, kesian pula rasanya.... Hahaha...apa boleh buat setakat ni saja kecerdikan yang hang ada. Sabo na...

Anonymous said...

Dapigs ni tak lama lagi akan lingkup dan jahanam macam pas n pkr berkat doa seluruh rakyat Islam Malaysia kepada Allah swt. Ameen. Takbir!

 
Blogger Templates