Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 27, 2015

HENTIKAN PEMBALAKAN DI SEKITAR TAMAN NEGARA PAHANG!



Sebuah kumpulan pencinta alam dan operator pelancongan telah menggesa agar kegiatan pembalakan di sempadan Taman Negara Pahang segera dihentikan.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menerusi Presidennya, Puan Sri Sharffa Sabrina Syed Akil berkata, aliran sungai ke Sungai Tembeling telah teruk dicemari kesan daripada pembalakan di hutan-hutan Ulu Tembeling.

"Semuanya berlaku dalam tempoh 3 tahun sahaja," katanya.

"Pembalakan ini mendatangkan kerugian jauh lebih besar berbanding keuntungan," kata Shariffa. "Sungai Pengau dan Sungai Lau telah menjadi sangat kotor kerana hakisan dan mendapan lumur yang mengalir ke Sungai Tembeling, sekaligus menyebabkan Sungai Tembeling menjadi cetek," katanya selepas membuat lawatan di tapak pembalakan tersebut.


Shariffa turut menggesa Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti pembalakan tersebut, kerana keadaan semakin teruk.

Pengerusi Persatuan Operator-Operator Pelancongan Taman Negara Pahang, Abdul Jalil Rahman pula berkata, sekalipun pembalakan tersebut dilakukan di luar Taman Negara, kesannya pasti akan menghalau kedatangan pelancongan.


"Daripada reaksi yang diterima daripada pelancong-pelancong, mereka telah pun mempunyai tanggapan yang negatif tentang Taman Negara memandangkan mereka melihat terlalu banyak lori-lori mengangkut balak.

"Sekalipun pembalakan tersebut tidak dilakukan di dalam kawasan Taman Negara, aktiviti tersebut benar-benar merosakkan imej Taman Negara," katanya.

Para pelancong turut merungut tentang pembangunan keterlaluan di kawasan tersebut.

"Para pelancong mengharapkan mereka melihat hutan hujan yang asli tetapi mereka kecewa, dan mereka merungut apabila mereka tidak dapat melihat sebarang jenis haiwan di Taman Negara.

"Dahulu, sesetengah pelancongan akan menangis apabila hendak meninggalkan Taman Negara tetapi hari ini, pelancong berulang amat jarang," katanya lagi.



Abdul Jalil turut menambah pembinaan jalan ke beberapa buah perkampungan seharusnya memberi manfaat kepada penduduk tempatan namun daripada bukti yang ada, jalan-jalan tersebut hanya digunakan untuk mengangkut kayu-kayu balak.

Seorang pemandu pelancong, Roslan Abu Kassim, 50, mendakwa, banjir besar di Taman Negara tahun lepas berpunca daripada dasar Sungai Tembeling yang semakin cetek.

"Saya rasa, keadaan akan bertambah teruk tahun ini." (SUMBER)

Masalah pembalakan di kawasan sekitar Taman Negara Pahang sudah banyak kali diperkatakan dan didedahkan, namun tiada sebarang tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang. Persekitaran Taman Negara Pahang sudah semakin terang dan semakin tidak menarik apabila aktiviti-aktiviti penebangan pokok dibenarkan di kawasan sekitar.

Justeru, tidak mustahil suatu ketika nanti, Taman Negara Pahang yang pernah megah di serata dunia suatu ketika dahulu, akan berubah menjadi sebuah Taman Bunga Pahang sahaja!!!

Perhatikan gambar-gambar yang disediakan oleh Sdr. Khaidir Ahmad ini.


3 comments:

Anonymous said...

Presiden PEKA dah jalankan amanah dan buat hebahan dalam media internet terhadap kegiatan kumpulan pembalakan haram yang bermaharaja lela menebang balak dikawasan larangan. Manakala dipihak berkuasa tempatan seolah membisu apatah jauh daripada mengambil sebarang tindakan wajar. Macam mana perkara yang berlaku di Cameron Highland nampaknya akan terjadi di Taman Negara.

Anonymous said...

green earth lord.

Anonymous said...

Mr earth song ***Mj****

 
Blogger Templates