Kalau ikut logik Pakatan, yang bersalah adalah orang Melayu. Para
Walaupun teori yang menyatakan budak lelaki itu mencuri dan pergaduhan di Low Yat adalah kerana 'false alarm', namun sesuatu yang tidak boleh dinafikan adalah aktiviti perniagaan yang berunsurkan penipuan yang menjadikan Low Yat sebagai lubuk besar mereka.
Ambil contoh begini, Pertama Kompleks dimiliki oleh UDA. UDA adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membangunkan premis perniagaan untuk Bumiputera tetapi kemudian dilonggarkan sehingga akhirnya Bumiputera hilang entah ke mana menerusi kepentingan UDA.
Serbuan yang dilakukan oleh KPDNKK di Pertama Kompleks menunjukkan dakwaan bahawa aktiviti perniagaan berasaskan penipuan, memang benar. Kalau Pertama Kompleks yang tidak seberapa besar itu pun, dipenuhi aktiviti penjualan barangan tiruan, bagaimana pula dengan Low Yat yang jauh lebih besar?
Begitu juga dengan Petaling Street. Bagi mereka yang pernah ke Petaling Street sudah pasti akan melihat bagaimana warga asing yang begitu agresif dan memaksa orang ramai membeli produk tiruan mereka pada harga barangan tulen, dengan mudah.
Kalau Arulchelvam menjadikan GST dan kesempitan ekonomi sebagai asas kepada pergaduhan di Low Yat, dia sebenarnya adalah seorang PEMBOHONG TEGAR. Kesempitan ekonomi dan GST sudah pasti akan menyebabkan sebahagian besar premis di Low Yat tutup dan bungkus kerana tidak lagi mampu bersaing akibat ketiadaan pembeli. Tetapi jumlah pengunjungnya tetap ramai.
Kalau benar kesempitan ekonomi atau GST, para peniaga di Low Yat tidak perlu risau tentang boikot kerana tanpa boikot pun, mereka akan bungkus!
Agak aneh juga kerana DAP langsung tidak berminat dengan isu PENIPUAN DAN WARGA ASING yang mendominasi kawasan-kawasan yang memberikan majoriti besar kepada DAP dalam PRU yang lain...
Kenapa ya, sebaliknya lebih suka menyalahkan UMNO?
Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh DAP dalam isu ini?
4 comments:
apa yg ko mengarut ni?? khairul, yg ditahan kerana mencuri telepon, telah disahkan oleh IGP kita, dlm berita TV3......skrg khairul menghadap mahkahmah...rasa2 apa yg mendorong khairul sampai nak curi telepon itu? kesempitan duit, nak bergaya, ada kawan backup, atau hanya sebab telepon dah jadi keperluan asas skrg, takder telpon boleh mati...
Melayu atasan penipu besar yang menghancurkan bangsa dan maruah sendiri !
Aku naik meluat dengan talam dua muka beberapa individu dalam pihak gomen ini !
Apa lagi sebelah pembangkang yang lamgsung tiada pendirian !
Hendak kemana kita ya Melayu sederhana ?
Lowyat menunjukkan kebobrokan peniaga so x yah berbelanja di situ.
Bila nk keluar video budak tu curi....video kiki laju jer viral...video curi nye mana....tgh edit lg ke?
Post a Comment