Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 8, 2015

KETUA POLIS NEGARA TAK LAYAN CADANGAN TANGKAP TUN MAHATHIR!!!



Tiada sebab untuk polis menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai perbuatan nakal dan tidak akan melayan permintaan seperti itu.

“Tiada sebab untuk menangkap Dr Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut,” katanya selepas melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA Incorporated Sdn Bhd, tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

Katanya, pendedahkan awal boleh mengganggu siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah memberi pendapat serta menyebarkan maklumat yang mereka terima di laman sosial berkaitan dua isu itu.

Mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan boleh dikenakan tindakan undang-undang, katanya. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates