Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 8, 2015

LIM KIT SIANG SIBUK SURUH PDRM SIASAT KEMATIAN HUSSAIN NAJADI DAN KAITANNYA DENGAN NAJIB, TAPI TAK PERNAH BERANI SURUH PDRM SIASAT PEMBABITANNYA DALAM 13 MEI 1969!!!



Lim Kit Siang mendesak pihak polis membuka semula kes pembunuhan bekas pengasas Kumpulan Ambank, Hussain Najadi yang telah mati ditembak pada tahun 2013. Alasan Lim Kit Siang ialah tulisan anak Najadi yang telah meninggalkan Malaysia lama dahulu, menyatakan pembunuhan bapanya ada kaitan dengan Najib.

Itu sahaja alasan Lim Kit Siang.

Pembunuhan Najadi telah diselesaikan. Orang yang membunuh juga telah ditangkap. Lim Kit Siang barangkali tidak membaca atau barangkali sudah terlalu nyanyuk kerana angka-angka tarikh dan masa kejadian yang saling bercempera sepertimana tarikh-tarikh dalam nota kewangan yang didedahkan oleh WSJ.

Lim Kit Siang jelas menipu dan mempunyai niat jahat apabila menyatakan Najadi dibunuh kerana telah melaporkan kepada polis tentang salah urus dan penyelewengan wang negara yang berada dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak. (BACA DI SINI)


Hanya kerana khabar-khabar angin, asalkan terkait dengan Najib Abdul Razak dan UMNO, Lim Kit Siang akan menerimanya sebagai satu kebenaran dan mula menjadikan PDRM sebagai macai dan budak suruhannya. Tetapi apabila membabitkan dirinya serta anaknya, Lim Guan Eng, dengan pantas Lim Kit Siang sama ada enggan menjawab atau membuat penafian kosong semata-mata.

Contoh terbaik adalah pembabitannya dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. Sehingga sekarang, Lim Kit Siang selain daripada ancaman menyaman sesiapa yang membangkitkan isu tersebut, tidak pernah sedikit pun meminta agar PDRM melakukan siasatan atau Parlimen mengeluarkan hansard pada sesi parlimen selepas berakhirnya MAGERAN.

Hanya kerana ianya viral di WhatsApp dan dengan menggunakan Bahasa Inggeris pasar, tidak bermakna apa yang diterimanya adalah benar. Sepatutnya, Lim Kit Siang sebagai ahli politik yang sudah berjaya mencapai status JURASSIC berhenti daripada mempercayai apa-apa sahaja maklumat yang diperolehinya daripada WhatsApp memandangkan sebahagian besar mesej tersebut bermaksud gurauan semata-mata. Orang tua sepertinya sepatutnya lebih matang bukannya lebih bodoh berbanding budak baru lepas mimpi basah!

Lim Kit Siang sepatutnya menunjukkan kepada kita bukti yang Najadi telah membuat laporan polis pada 28 Julai 2013 sepertimana berkaitan dengan tuduhan WSJ, Najib telah menyonglap RM2.6 bilion masuk ke koceknya.

Seandainya ia benar, cerita-cerita sensasi seperti itu sudah lama bocor.

RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib?

Wow... pastinya sudah bocor pada tahun 2013 berbanding baru sekarang isu ini muncul!

Lim Kit Siang seharusnya menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat oleh Najadi seandainya ia wujud dan apa yang dilaporkan oleh Najadi.


Mengapa fakta-fakta ini langsung tidak diambil kira oleh Lim Kit Siang sebelum dia mula membodoh-bodohkan dan menjadikan PDRM sebagai macainya?

(1) Pengasas Ambank, Hussain Najadi telah menjual semua saham-sahamnya pada tahun 1983-1984 dan telah membantu mewujudkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak lagi terbabit dengan pengurusan mahupun memiliki pejabat di Ambank selama lebih 30 tahun.

(2) Tiada sebarang laporan polis difailkan oleh Najadi pada 28 Julai 2013 atau sebarang masa lain berhubung dakwaan WSJ tentang bayaran sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib. Seandainya ianya benar, sudah tentu cerita sensasi seperti ini sudah lama bocor.

(3) Tiada seorang pun ketua-ketua IT dipaksa meletak jawatan pada 2013.

(4) Sekalipun terdapat ketua-ketua IT yang dipaksa meletak jawatan, sudah pasti mereka akan membocorkannya kepada awam atau mengadu kepada Pakatan seandainya merka sedar tentang langkah-langkah pemecatan berskala besar itu, namun selama lebih 2 tahun, tiada sesiapa pun dari Ambank yang bercakap tentang gerakan tersebut.

(5) Pengasas Ambank itu telah dibunuh kerana pertelingkahan tanah tokong Bukit Ceylon apabila dia berusaha menyekat penjualan tanah itu kepada pihak lain.

(6) Anak tunggal Hussain Najadi iaitu Pascal sudah terkenal dengan perangai hodohnya. Dia dilahirkan di Switzerland dan memegang dua kerakyatan iaitu Switzerland dan Britain selain jarang-jarang tinggal di Malaysia. Pascal telah menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri bapanya atau lebih tepat lagi ibu tirinya, Cheong Mei Kuen dan berjaya merampas harta warisan bernilai RM1.8 juta dengan alasan, wanita tersebut bukannya beragama Islam, malah elah memaksa wanita tersebut membayar kos sebanyak RM30,000.


Cheong Mei Kuen turut tercedera dalam kes tembak-menembak tersebut dan dia telah memeluk suaminya yang berlumuran darah ketika ditemui.

Mengapa agaknya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil kira fakta-fakta berkenaan sebelum cuba buat kecoh dan cuba menimbulkan persepsi jahat ke atas Najib?

Mengapa Lim Kit Siang tidak pernah meminta polis menyiasat dan membentangkan hasil siasatan Tragedi 13 Mei 1969 di mana dia adalah salah seorang penghasut perkauman yang berakhir dengan tragedi berdarah?


2 comments:

Anonymous said...

check mate.... doomed........

Anonymous said...

Elok ada isa dihapuskan...kan dh setiausaha agung pkm ni bebas berusaha memporak perandakn masyarakat...ini babi tarak tau malu loo...semua lobang dia sondol

 
Blogger Templates